KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — TSA Group Bhd (TSA) mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 58 sen — dengan mencatatkan premium tiga sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 55 sen.
Pada loceng pembukaan, kaunter itu menyaksikan sebanyak 10.95 juta saham saling berpindah tangan.
Pada 19 Januari, pembekal perkakasan industri, dan pengeluar paip keluli tahan karat dan produk logam itu memaklumkan sahamnya terlebih langgan sebanyak 8.62 kali.
Kumpulan itu menyasarkan untuk mengumpul RM42.53 juta menerusi pelaksanaan IPO berkenaan.
Daripada jumlah dana yang diperoleh, sebanyak RM20 juta akan diperuntukkan untuk menyelesaikan pinjaman dalam tempoh lima bulan selepas penyenaraian, dengan objektif utama bagi mengukuhkan asas kewangannya, mengurangkan hutang, merendahkan kos faedah dan menguatkan daya tahan kewangan.
Sebanyak RM5.1 juta lagi akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian, RM5.1 juta bagi kilang pembuatannya di Semenyih sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan dan RM12.3 juta lagi untuk modal kerja.
Pengarah Urusan kumpulan Chew Kuan Fah berkata kilang di Semenyih itu dijangka mengeluarkan sebanyak 48,000 tan gegelung keluli gelek sejuk tahan karat setahun, terutamanya untuk pasaran Malaysia.
Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyenaraian hari ini, beliau berkata kerja-kerja pembinaan kilang itu dijangka bermula pada suku ketiga 2024, dan ia dijadualkan memulakan operasi pada suku ketiga 2026.
Pada masa ini, TSA menawarkan perkhidmatan kepada lebih 3,600 pelanggan aktif di 12 negara di seluruh dunia.
Mengulas mengenai prospek, Chew berkata kumpulan itu menjangkakan momentum pertumbuhan yang positif, didorong oleh permintaan yang semakin bertambah daripada industri minyak dan gas, makanan dan minuman serta tenaga hijau.
Syarikat itu mempunyai rekod prestasi selama 30 tahun dalam perniagaan keluli tahan karat dan produk logam lain serta berpengalaman 15 tahun sebagai pengeluar paip keluli tahan karat.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




