• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini memandangkan terdapat aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi di tengah-tengah meluasnya sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.82 mata kepada 1,512.16 daripada 1,512.98 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks barometer dibuka rendah 3.63 mata kepada 1,509.35.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 304 berbanding 155, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 421.14 juta unit bernilai RM261.50 juta.

Malacca Securities dalam nota hari ini berkata FBM KLCI, bersama-sama FBM Small Cap menyusut untuk satu sesi lagi pada Rabu memandangkan aktiviti pengambilan untung bermula sebelum cuti umum Hari Wilayah Persekutuan semalam.

Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) bertukar tidak menentu selepas Rizab Persekutuan AS memuktamadkan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dengan kadar faedah tidak berubah, menegaskan bahawa kadar faedah AS berada pada paras kemuncak.

Bagaimanapun, katanya pengurangan kadar pada Mac tidak mungkin berlaku.

“Oleh itu, pasaran menetapkan pengurangan kadar mungkin berlaku pada separuh kedua 2024 dan akan memantau rapi laporan pendapatan dan pekerjaan korporat lewat hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.26, Public Bank menokok 3.0 sen kepada RM4.42, manakala CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing susut 1.0 sen kepada RM6.22 dan RM6.76, dan Tenaga Nasional merosot 8.0 sen kepada RM10 .64.

Bagi saham aktif, Minetech menokok 1.0 sen kepada 15.5 sen, TSA Group meningkat 4.0 sen kepada 59 sen, manakala MRCB susut 4.0 sen kepada 61 sen dan TWL Holdings berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 17.10 mata kepada 11,226.23, Indeks FBMT 100 turun 13.23 mata kepada 10,890.59, Indeks FBM 70 susut 48.58 mata kepada 15,137.34, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 33.88 mata kepada 11,244.212.33 dan Indeks FBM ACE susut 2.33 mata kepada 4,752.70.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah susut 14.24 mata kepada 906.64, Indeks Perladangan merosot 5.73 mata kepada 7,165.13 dan Indeks Tenaga menguncup 4.49 mata kepada 890.61.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 28.08 mata kepada 16,971.07 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.58 mata kepada 172.53.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In