• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Utama Melepasi Paras 1,500

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif apabila indeks petunjuk utama melangkaui paras psikologi 1,500 ketika sentimen kekal memberangsangkan meskipun prestasi semalaman Wall Street lemah.

Prestasi itu dicatatkan ketika tumpuan beralih kepada pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang berlangsung hari ini.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.74 mata kepada 1,500.85 berbanding paras 1,496.11 yang dicatatkan petang semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.05 mata pada 1,497.16.

Sentimen pasaran adalah postitif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 171 berbanding 116 manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,764 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 179.32 juta unit bernilai RM77.47 juta.

Ketua Penyelidik Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata FBM KLCI bergerak dalam aliran peningkatan semalam dan prestasi itu dijangka berterusan dalam persekitaran pasaran yang lebih tenang dengan indeks petunjuk utama dijangka sekali lagi melepasi paras psikologi 1,500.

Menurutnya, perkembangan itu berlaku di tengah-tengah tumpuan pelabur terhadap keputusan BNM mengenai OPR yang dijangkakan menyaksikan kadar semasa 3.0 peratus dikekalkan.

Di peringkat global, katanya, tumpuan lebih ke arah pengumuman pelaporan pendapatan sukuan AS ketika ini.

“Sebarang peningkatan seterusnya berkemungkinan memacu indeks penanda aras itu ke paras rintangan semasa pada 1,504. Paras rintangan dalam masa terdekat adalah pada 1,465,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Public Investment Bank Bhd berkata FBM KLCI mungkin dalam julat kecil pada sesi awal hari ini selepas penanda aras Wall Street S&P 500 dan Nasdaq mendatar semalaman berikutan pelaporan pendapatan bercampur-campur daripada industri yang dilihat boleh menjejaskan kenaikan baru-baru ini.

“FBM KLCI diunjur di paras mendatar sekitar 1,485, seiring dengan sentimen pasaran. Paras sokongan bagi indeks adalah pada 1,485, 1,455 dan 1,430, manakala rintangan pada 1,515, 1,551 dan 1,580,” katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.

Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank untung satu sen kepada RM4.36; CIMB, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing menokok tiga sen kepada RM6.05, RM6.82 dan RM6.03; CelcomDigi menambah dua sen kepada RM4.26 manakala Hong Leong Bank meraih lapan sen kepada RM19.20.

Tenaga bagaimanapun susut enam sen kepada RM10.44 manakala Maybank tidak berubah pada RM9.09.

Bagi saham aktif, Widad Group dan Handal Energy masing-masing menambah 1.5 sen kepada 20 sen dan 12.5 sen, YNH Property naik empat sen kepada 65 sen, Sarawak Consolidated meraih 2.5 sen kepada 46 sen manakala Leform menokok setengah sen kepada 20 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 32.07 mata kepada 11,176.25; Indeks FBM 70 menambah 24.01 mata kepada 15,149.73; Indeks FBMT 100 meraih 29.88 mata kepada 10,831.92, Indeks FBM Emas Shariah naik 31.1 mata kepada 11,269.95 dan Indeks FBM ACE meraih 7.21 mata kepada 4,861.09.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 28.27 mata kepada 16,729.74; Indeks Perladangan meraih 4.75 mata kepada 907.89; Indeks Perladangan menambah 17.8 mata kepada 7,173.6; Indeks Tenaga menokok 2.67 mata kepada 860.83 selain Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.42 mata kepada 174.17.

— BERNAMA

Tags: Apex SecuritiesBNMBursa MalaysiaFBM KLCIOPRsesi awalWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In