• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Samaiden Dan JS Solar Dapat Kontrak Bernilai RM100 Juta di Kedah

in Catalyst
A A
Samaiden Bekerjasama Dengan Chudenko Cari Peluang Dalam Tenaga Boleh Diperbaharui
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd (SSB) dan ahli konsortiumnya, JS Solar Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM100 juta daripda NUR Renewables Sdn Bhd untuk membangunkan loji tenaga solar di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah.

Samaiden dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata projek berkenaan melibatkan pembangunan loji kuasa solar (fasa pertama) 50 megawatt (MWac) dipasang di tanah adalah untuk membekalkan tenaga hijau kepada semua pelanggan di KHTP.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ia bukan sahaja menunjukkan komitmen NUR dalam membekalkan tenaga boleh diperbaharui dalam KHTP tetapi juga menandakan fasa pertamanya dalam projek solar 500 MWac, ia merancang untuk membangunkannya dengan kerjasama UEM Lestra Bhd, cabang tenaga hijau Kumpulan UEM,” katanya.

Syarikat itu juga berkata kerja-kerja itu adalah berdasarkan pengeluaran sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) oleh NUR disasarkan siap sebelum 31 Mac, 2025.

NUR, pakar dalam penjanaan, penghantaran, pengedaran dan peruncitan elektrik di Malaysia, diletakkan sebagai satu-satunya utiliti tenaga bebas dengan hak eksklusif dalam KHTP.

Samaiden berkata kerjasama dengan JS Solar dalam projek di KHTP itu bukan sahaja membuktikan kemajuan ketara dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui tetapi juga menunjukkan komitmen bersama untuk menyumbang kepada matlamat kemampanan Malaysia.

“Kedua-dua syarikat kekal berdedikasi untuk memacu pembangunan mampan dan bersedia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih hijau dan lebih berdaya tahan untuk negara,” katanya.

— BERNAMA

Tags: JS SolarKulimNUR RenewablesSamaiden Grouptenaga boleh diperbaharui
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In