• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

BDB, Shanghai Youzhu Meterai MOU Projek Urus Sisa Industri Secara Inovatif

in Catalyst
A A
BDB Infra Terima Kontrak Penyelenggaraan Jalan Bernilai RM204 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) — Bina Darulaman Berhad (BDB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. (Shanghai Youzhu) pada Isnin bagi menjalin kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan projek pengurusan sisa industri secara inovatif.

Pengarah Eksekutif BDB Raja Shahreen Raja Othman berkata kerjasama itu turut menjadi inisiatif BDB untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pembangunan mampan.

“Ini bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran kedua-dua pihak dalam melaksanakan pengurusan sisa industri yang komprehensif, meminimumkan kesan terhadap alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Langkah ini juga dapat memastikan pematuhan kepada garis panduan dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini.

Raja Shahreen mewakili BDB menandatangani dokumen itu manakala Shanghai Youzhu diwakili oleh Presiden Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd, Yu Qiang.

Mengulas selanjutnya, Raja Shahreen berkata kerjasama itu juga bertujuan menyumbang kepada kesejahteraan penduduk dan komuniti di kawasan persekitaran serta pihak pemegang taruh yang berkaitan.

“Selaras dengan objektif ini, BDB dan Shanghai Youzhu turut merancang dan melihat potensi menubuhkan syarikat usaha sama berkaitan pembangunan pengurusan sisa industri di Kedah,” katanya.

Beliau berkata BDB memilih untuk bekerjasama dengan Shanghai Youzhu berdasarkan kepakaran dan pengalaman 27 tahun syarikat itu dalam menguruskan proses keseluruhan rantaian bekalan bahan kimia industri.

Pada masa sama, Shanghai Youzhu juga mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam aspek pemulihan dan pengurusan sisa pepejal, termasuk sisa berbahaya dan terjadual, proses kitar semula sisa buangan dan mempunyai sistem pengurusan sisa industri secara holistik.

Malah, syarikat itu sedang menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa kepada AT&S di Kulim dan Chongqing, China, katanya.

“Shanghai Youzhu turut melebarkan sayap di Malaysia dengan menubuhkan Jiahui Industrial (Malaysia) Sdn Bhd yang menyaksikannya terlibat secara langsung dalam pengurusan sisa industri,” katanya.

— BERNAMA

Tags: BDBMoUShanghai Youzhusisa industriusaha sama
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In