• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Unit Magna Prima Meterai Perjanjian Pembangunan Bersyarat Bagi Projek RM1.2 bilion

in Saham
A A
Unit Magna Prima Meterai Perjanjian Pembangunan Bersyarat Bagi Projek RM1.2 bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Magna Prima Bhd, Twinicon (M) Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembangunan bersyarat dengan Golden Rainbow View Sdn Bhd untuk melaksanakan pembangunan bercampur di lima bidang tanah pegangan bebas bersebelahan yang terletak di sini dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM1.2 bilion.

Magna menjelaskan projek itu akan meliputi lot komersial, unit pejabat kecil, pejabat rumah (SOHO), pangsapuri berperkhidmatan, suite pejabat dan sebuah hotel.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Menurutnya cadangan pembangunan bersama itu akan menyaksikan Twinicon sebagai pemilik tanah manakala Golden Rainbow sebagai pemaju yang dilantik.

“Twinicon berhak mendapat 10 peratus daripada NPK projek, tertakluk kepada jumlah minimum RM350 juta (kelayakan pemilik tanah) kerana menyumbang tanah pembangunan kepada pemaju,” jelasnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Magna menjangkakan projek itu dimulakan serta-merta selepas pemaju memperoleh perintah pembangunan daripada pihak berkuasa berkaitan, yang dijangka diperoleh pada suku ketiga 2024 dan akan dibangunkan dalam tempoh kira-kira enam tahun.

Tanah pembangunan itu kini dijelaskan oleh Hap Seng Credit Sdn Bhd disebabkan pinjaman bank tertunggak kira-kira RM46.53 juta, berhutang dengan Hap Seng Credit setakat 31 Dis, 2023, tambahnya.

Magna memaklumkan syarikat berhasrat menggunakan RM45 juta daripada hak pemilik tanah itu untuk penyelesaian pinjaman Hap Seng, yang perlu dibayar pada Jun 2024.

Menurutnya cadangan pembangunan bersama itu dijangka mengakibatkan kerugian proforma kepada syarikat.

“Syarikat perlu mengklasifikasikan semula tanah pembangunan daripada hartanah pelaburan kepada inventori.

“Hasilnya, syarikat akan mengiktiraf kerugian proforma RM197.83 juta secara serta-merta yang timbul daripada pembalikan keuntungan nilai saksama yang telah diiktiraf oleh syarikat sebelum ini, untuk mencerminkan kos pelaburan asal sebanyak RM171.82 juta sebagai nilai aset bersih tanah itu,” jelasnya.

— BERNAMA

Tags: Golden RainbowhartanahMagna PrimapembangunanTwinicon
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In