• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Tetapi Susut Kemudiannya

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini tetapi susut kemudiannya, bertentangan dengan trend serantau yang mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik.

Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi semalam, dengan S&P 500 hampir kepada paras tertinggi berikutan keyakinan kecerdasan buatan (AI) memacu kenaikan dalam Nvidia dan pengeluar cip yang lain, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.13 mata kepada 1,477.05 daripada 1,479.18 pada Khamis.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Indeks barometer dibuka tinggi kepada 1,480.18.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 231 berbanding 137 manakala 230 kaunter tidak berubah, 1,667 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 451.32 juta unit bernilai RM111.47 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup kukuh pada amnya berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah semalaman.

“Ini walaupun keputusan pendapatan korporat bercampur-campur dan tuntutan mingguan yang rendah untuk faedah pengangguran menunjukkan pasaran buruh masih kukuh, tidak memberi alasan kepada Rizab Persekutuan untuk menurunkan kadar faedah setakat ini manakala hasil 10 tahun AS naik kepada 4.142 peratus,” katanya.

Di Hong Kong, katanya Indeks Hang Seng mencatatkan peningkatan semula.

Di peringkat domestik, katanya FBM KLCI mengekalkan aliran penurunan semalam berikutan ia ditutup hanya di bawah paras 1,480.

“Kami melihat jualan adalah berlebihan berikutan asas masih kukuh. Bagaimanapun, sentimen secara keseluruhannya mungkin telah terjejas oleh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat beberapa saham wajaran tinggi politik.

“Diharapkan peningkatan semula tidak lama lagi, justeru, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,480 hingga 1,490 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot satu sen kepada RM9.01, Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM10.28,  Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM6.72 manakala Public Bank naik dua sen kepada RM4.33 dan CIMB menambah satu sen kepada RM5.95.

Daripada saham aktif, Sarawak Consolidated merosot 30 sen kepada 23.5 sen, Widad berkurangan 7.5 sen kepada 11.5 sen, Tanco susut 16 sen kepada 35 sen, MMAG Holdings turun satu sen kepada sembilan sen manakala PA Resources naik 1.5 sen kepada 32 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 12.80 mata kepada 10,991.31, Indeks FBM 70 merosot 11.48 mata kepada 14,909.04, Indeks FBMT 100 susut 13.58 mata kepada 10,660.06, Indeks FBM Emas Shariah turun 28.38 mata kepada 11,082.88 dan Indeks FBM ACE jatuh 38.89 mata kepada 4,747.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 12.56 mata kepada 16,534.39, Indeks Hartanah merosot 5.86 mata kepada 873.87, Indeks Perladangan susut 7.15 mata kepada 7,117.40, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.62 mata kepada 171.78, bagaimanapun Indeks Tenaga naik 2.58 mata kepada 842.62.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In