• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 28, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Jentayu Sustainable Tidak Tahu Sebab Kejatuhan Harga Sahamnya

in Catalyst
A A
Jentayu Sustainable Tidak Tahu Sebab Kejatuhan Harga Sahamnya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Jentayu Sustainable Bhd menjelaskan bahawa ia tidak menyedari sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwalnya termasuk sebarang cadangan dalam peringkat rundingan atau perbincangan, yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan dalam sahamnya.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia mengaku tidak mengetahui sebarang khabar angin atau laporan yang boleh dipercayai mengenai perniagaan dan hal ehwal berkaitan kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan.

“Lembaga tidak menyedari sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti pasaran yang luar biasa.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Lembaga tidak mengetahui sebarang penjelasan yang mungkin bagi menjelaskan aktiviti dagangan, selain daripada penyempurnaan pelaksanaan penempatan persendirian syarikat baru-baru ini, yang mungkin telah meningkatkan aktiviti dagangan dalam kalangan pelabur,” katanya dalam jawapan kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) Bursa Malaysia Securities Bhd.

Di samping itu, Jentayu Sustainable berkata syarikat itu telah mematuhi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Securities, khususnya, Perenggan 9.03 MMLR mengenai kewajipan pendedahan serta-merta.

Jentayu Sustainable telah menerima pertanyaan UMA mengenai perkara yang terkait dengan kejatuhan dalam sekuriti harga hari ini.

Sementara itu, Mercury Securities Group Bhd dan Artroniq Bhd juga telah dikeluarkan pertanyaan UMA oleh Bursa Malaysia mengenai penurunan mendadak harga saham mereka, yang mana kedua-dua kaunter mencapai had ke bawah hari ini.

“Pelabur dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA, yang akan berada di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat dalam membuat keputusan pelaburan mereka,” kata pengendali pasaran itu dalam satu pengumuman hari ini.

Syarikat-syarikat berkenaan telah diminta untuk mendedahkan sebarang perkembangan korporat yang berkaitan dengan perniagaan serta hal ehwal mereka yang belum diumumkan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan termasuk yang dalam peringkat rundingan atau perbincangan.

Mercury Securities dan Artroniq juga diminta mendedahkan jika terdapat sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan serta hal ehwal syarikat yang mungkin boleh diambil kira sehingga menyumbang kepada aktiviti perdagangan itu.

Bursa Malaysia juga bertanya kepada syarikat-syarikat ini jika ia mengetahui sebarang penjelasan lain yang mungkin memberi kesan ke atas aktiviti perdagangan tersebut dan sama ada mereka telah mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Securities (LR), khususnya, Perenggan 9.03 Bursa Securities LR mengenai kewajipan pendedahan segera.

“Sila ambil perhatian bahawa kandungan pengumuman mesti disahkan oleh lembaga pengarah syarikat, dan pengumuman itu mesti sampai ke Bursa Securities dengan segera melalui Bursa LINK,” tambahnya.

— BERNAMA 

Tags: ArtroniqJentayu Sustainable BhdMercury SecuritiesUMA
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In