• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

SCIB Raih Kontrak EPCC Universiti Malaysia Kelantan Bernilai RM97.75 Juta

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Sarawak Consolidated Industries Peroleh Kontrak Tiang Lampu Bernilai RM30.75 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd, meraih kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM97.75 juta daripada Landasan Kapital (M) Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SCIB berkata kontrak itu melibatkan pembinaan menyeluruh kediaman penuntut yang baharu Universiti Malaysia Kelantan di Kampus Bachok.

Skop projek itu termasuk membekalkan bahan-bahan, tenaga kerja dan peralatan bagi pelaksanaan kerja-kerja sivil dan penstrukturan, seni bina serta mekanikal. 

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB Ku Chong Hong berkata kontrak itu merupakan pencapaian yang penting bagi SCIB dan mengukuhkan reputasinya sebagai pemain utama dalam industri EPCC Malaysia.

Pembinaan projek bermula pada 12 Jan, 2024 dan dijangka siap pada 16 Nov, 2025.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan SCIB kerana sebarang keuntungan yang diagihkan kepada kumpulan itu akan dibayar secara berperingkat sepanjang tempoh kontrak,” kata syarikat itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, SCIB berkata syarikat itu komited untuk mempertahankan standard kualiti dan kecekapan tertinggi, dan memastikan proses pembinaan projek itu mematuhi amalan mampan alam sekitar.

“Kontrak yang diperoleh ini bukan sahaja memperlihatkan kepakaran SCIB dalam melaksanakan projek pembinaan berskala besar tetapi juga mencerminkan komitmen syarikat terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan menyumbang kepada pembinaan infrastruktur pendidikan,” katanya.

Setakat 16 Januari, permodalan pasaran SCIB berjumlah RM534.6 juta, dengan baki nilai perolehan kontrak tertunggak berjumlah RM361.7 juta.

— BERNAMA

Tags: kejuruteraankontrakLandasan Kapitalpembinaan dan pentauliahanperolehanSCIBUniversiti Malaysia Kelantan
Share283ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In