• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, November 27, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Penurunan, Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk dibuka dibuka rendah pada Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman, seiring dengan kebanyakan bursa serantau.

Peniaga berkata saham Amerika Syarikat (AS) mengalami penyusutan semalam manakala dolar memperoleh pergerakan kukuh dalam keadaan amaran bahawa pasaran mungkin telah mendahului berkenaan dengan masa dan kadar pengurangan dasar bank pusat.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.24 mata kepada 1,490.63 daripada 1,493.87 ketika ditutup pada Selasa.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

FBM KLCI dibuka 1.98 mata lebih rendah kepada 1,491.89.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 201 berbanding 104, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,644 kaunter tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 235.12 juta unit bernilai RM147.79 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata Wall Street turun semula terutama disebabkan oleh pendapatan bank-bank mega yang lemah bagi suku keempat 2023 di samping penyusutan saham Tesla dan Apple dalam persekitaran pasaran yang lebih sukar.

Justeru, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) merosot 232 mata manakala Nasdaq menguncup 28 mata manakala hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun meningkat kepada 4.054 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng terus rendah apabila susut 350 mata kepada paras di bawah 16,000 atau paras terendah dalam tempoh 14 bulan, dipengaruhi oleh saham hartanah dan saham bukan kitaran pengguna.

Di peringkat domestik, FBM KLCI dibuka kukuh sebelum mengalami aktiviti pengambilan untung semasa sesi dagangan petang pada Selasa telah memberi tekanan kepada indeks sehingga berada di bawah paras penting 1,500.

“Kami berharap kenaikan semula segera berlaku dan indeks berada di atas paras psikologi ini jika tidak, kita mungkin melihat satu lagi keadaan tidak banyak berubah interim bagi indeks ini.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks berada dalam aliran berjulat 1,495 hingga 1,505 hari ini disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah secara keseluruhannya,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank susut dua sen kepada RM4.34, CIMB turun satu sen kepada RM6.00, Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM10.40 manakala Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM9.06 dan RM6.88.

Antara saham aktif, Sarawak Consolidated naik setengah sen kepada 84 sen, Leform menokok dua sen kepada 29 sen, Ekovest menguncup setengah sen kepada 55.5 sen  manakala KNM Group dan Tanco masing-masing mendatar pada 9.5 sen dan 65.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.41 mata kepada 11,125.23, Indeks FBM 70 kurang 30.30 mata kepada 15,111.59, Indeks FBMT 100 turun 22.93 mata kepada 10,770.06, Indeks FBM Emas Syaariah menguncup 14.34 mata kepada 11,244.07 namun, Indeks FBM ACE meningkat 23.04 mata kepada 5,220.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 46.52 mata kepada 16,624.07, Indeks Perladangan turun 2.52 mata kepada 7,161.49, Indeks Hartanah kurang 5.11 mata kepada 891.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.10 mata kepada 176.60 dan Indeks Tenaga meningkat 1.32 mata kepada 860.13.

— BERNAMA

Tags: appleBursa MalaysiaFBM KLCIhartanahNasdaqRakuten TradeteslaThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In