• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CelcomDigi Bekerjasama Dengan SoftBank Pacu IR 4.0

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga CelcomDigi Melonjak Kepada RM455.72 Juta, Umum Dividen 3.3 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) — CelcomDigi Bhd telah bekerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka Jepun, SoftBank Corp dan anak syarikat Sumitomo SC-NEX untuk mempercepatkan pendigitalan perusahaan Malaysia yang menggunakan penyelesaian Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Kerjasama itu akan menyaksikan CelcomDigi memanfaatkan kepakaran kedua-dua syarikat mengenai kecerdasan buatan (AI), robotik dan penyelesaian analitik.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata mereka akan memberi tumpuan kepada Agritech dan penyelesaian bandar pintar, Agritech melibatkan penggunaan dron dan AI dalam industri pertanian manakala penyelesaian bandar pintar meneroka pembangunan bangunan dan pengurusannya.

“Perkongsian ini membuka banyak kemungkinan untuk perusahaan Malaysia memperoleh akses lebih pantas kepada teknologi transformatif dan membantu mereka membuka potensi sebenar perniagaan mereka. Matlamat kami adalah untuk membantu lebih banyak perniagaan dengan transformasi digital mereka, membolehkan mereka kekal berdaya saing dalam ekonomi digital hari ini,” kata Idham.

Sementara itu, Naib Presiden SoftBank dan Ketua Bahagian Perniagaan Global, Kimimasa Kudo berkata bank itu telah membangunkan penyelesaian bangunan pintar terkemuka yang menggunakan penyelesaian kemasukan bangunan dan robotik termaju serta akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri yang mampan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SC-NEX, Jun Okawara pula berkata syarikat itu telah mewarisi pengalaman inisiatif inovatif Sumitomo Corp di Jepun dan peringkat global.

“Dengan memanfaatkan pengalaman sedemikian dan menggunakan pengetahuan luas kami, SC-NEX akan memperkukuh kerjasama tiga pihak ini untuk mencapai objektif kami memperkasakan kehidupan rakyat Malaysia,” kata Okawara.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) berkenaan ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Softbank adalah syarikat telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT) Jepun manakala SC-NEX memfokuskan pada perkhidmatan transformasi digital.

— BERNAMA

Tags: CelcomDigiSC-NEXSoftBankSumitomo
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In