Tahun 2024 baru sahaja membuka tirainya, namun peluang dalam IPO mencurah-curah kerana ada sahaja IPO yang boleh dipohon setakat 2 minggu pertama bulan Januari 2024.
Rambang mata dibuatnya.
Untuk pengetahuan anda, ada satu lagi IPO patuh syariah yang kami ingin kongsikan kepada anda. Syarikat tersebut adalah HE Group Berhad.
Jom baca 10 perkara anda perlu tahu sebelum memohon IPO HE Group Berhad.

1. Perniagaan Yang Dijalankan
Hexatech Engineering ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai kontraktor tempatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan proses. HE Group mempunyai kepakaran dalam menjalankan kajian dalam perancangan, mereka bentuk, membina, memasang dan menyelenggara projek pembangunan kliennya.
Antara projek yang dijalankan adalah kepada para industri, projek hijau, infrastruktur utiliti, komersial / kediaman, servis & penyelenggaraan.
2. Model Perniagaan
Aktiviti perniagaan utama anak syarikat HE Group Berhad iaitu Hexatech Engineering adalah penyediaan sistem pengagihan kuasa, sistem bangunan, pemasangan peralatan elektrik dan perdagangan.
Aplikasi utamanya adalah loji industri dan pencawang industri dan komersial. Jika dilihat pada gambar rajah di atas, industri pengguna akhirnya adalah dari industri semikonduktor, produk elektronik, peralatan perubatan, pembangunan komersial serta kediaman.
3. Pengasas
Sejarah Hexatech Engineering asalnya ditubuhkan oleh dua orang iaitu Encik Yong Chong Cheang dan Ho Swee Geok masing-masing memegang 50% pegangan saham. Pada tahun 2006, Pengarah Urusan terkini iaitu Haw Chee Seng dan Pengarah Eksekutif Eng Choon Leong mengambil alih dengan masing-masing membeli pegangan sebanyak 60% dan 40%.
Pada tahun 2007, Hexatech Engineering menambah saham terbitannya sebanyak RM0.70 juta lalu menyebabkan HEC menjadi pemegang saham terbesar dengan 60% kepentingan ekuiti, diikuti oleh Haw Chee Seng (20%) dan Eng Choon Leong (20%).
Pada masa ini, HEC memegang 40% pegangan ekuiti dalam Hexatech Engineering manakala Haw Chee Seng dan Eng Choon Leong masing-masing memegang 27% dan 20% kepentingan ekuiti. Baki 27% pula dipegang oleh beberapa pengurus senior syarikat.
4. Tarikh-Tarikh Penting
Jangan terlepas tarikh-tarikh ini.cPermohonan IPO ini dibuka dari 12 Januari 2024 sehingga 18 Januari 2024. Tarikh cabut undi pula adalah pada 22 Januari 2024. Sekiranya permohonan anda berjaya, saham akan dikreditkan ke dalam akaun CDS anda pada 29 Januari 2024.
Tarikh yang ditunggu-tunggu iaitu tarikh penyenaraian adalah pada 30 Januari 2024.
5. Dana Bakal Digunakan Untuk Apa
Berdasarkan prospektus, dana yang diraih daripada IPO bakal digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah mengembangkan perniagaan iaitu sebanyak RM3.65 juta atau 15% bakal digunakan bagi tujuan ini.
Sebahagian lagi iaitu RM1.75 juta atau 7.19% daripada hasil IPO bakal digunakan untuk perbelanjaan modal. Untuk pengetahuan anda, perbelanjaan modal adalah duit yang digunakan oleh syarikat untuk membeli atau membaiki aset kekal seperti tanah, bangunan dan peralatan.
Sebahagian besar dana IPO bakal digunakan untuk modal kerja. Sebanyak RM15.129 juta atau 62.19% akan digunakan modal kerja bagi membeli inventori, membayar hutang jangka masa pendek, dan perbelanjaan operasi harian.
Bakinya iaitu RM3.8 juta atau 15.62% bakal digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian di Bursa Malaysia.
6. Pendapatan Syarikat
Bagi empat tahun terkini, HE Group Berhad menunjukkan peningkatan pendapatan yang ketara iaitu daripada RM31.39 juta pada tahun 2020 dan meningkat kepada RM138.58 juta pada tahun 2023.
Margin keuntungan selepas cukai pula adalah sekitar 5%. Selain daripada itu, aset syarikat juga dilihat bertambah sepanjang tempoh tersebut.
7. Strategi Perniagaan
- Merancang untuk mengembangkan keupayaan mereka untuk menjadi penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal, elektrikal, proses bersepadu (MEP).
- Menubuhkan pejabat di Kedah dan Johor.
- Merancang untuk mengembangkan liputan industri pengguna akhir dengan memasukkan pusat data (data centre).
8. Risiko
Beberapa faktor risiko diambil dari prospektus dan dikongsikan kepada pembaca. Secara ringkasnya, HE Group merasakan bahawa prestasi kewangan serta perniagaan bergantung kepada kebolehan syarikat dalam memperolehi projek baru bagi memastikan kemapanan perniagaan. Kegagalan untuk memastikan order book mereka mempunyai projek akan menjejaskan kemapanan syarikat.
Selain itu, HE Group juga dilihat banyak bergantung kepada klien tertentu dan kontraktor.
9. Polisi Dividen
HE Group Berhad tidak mempunyai polisi dividen yang tetap. Hal ini kerana kemampuan syarikat untuk mengagihkan dividen kepada pemegang saham adalah tertakluk kepada pelbagai faktor seperti keuntungan syarikat dan lebihan dana yang tidak diperlukan bagi tujuan modal kerja.
10. Status Syariah
IPO HE Group Berhad adalah patuh syariah berdasarkan Majlis Penasihat Syariah Malaysia. Nak apply IPO juga penting untuk tahu status syariahnya.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




