• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia terus mencatatkan prestasi positif dari Jumaat lepas, dibuka tinggi pada Isnin walaupun Wall Street mendatar minggu lepas.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup hampir tidak berubah berikutan pendapatan bank yang bercampur-campur mengimbangi inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan dan mendorong harapan kepada penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, kata seorang peniaga.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.17 mata kepada 1,492.51 daripada 1,487.34 pada Jumaat lepas.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

FBM KLCI dibuka tinggi 0.94 mata kepada 1,488.28.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 251 berbanding 159 manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,525 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 387.94 juta unit bernilai RM152.36 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat lepas berikutan pendapatan bank yang lebih rendah daripada jangkaan dengan bacaan inflasi yang rendah.

Walaupun Indeks Harga Pengeluar AS merosot pada Disember, pendapatan daripada beberapa bank terkemuka tidak memenuhi jangkaan, justeru penurunan 118 mata untuk Dow Jones Industrial Average, manakala jangkaan penurunan kadar yang lebih tinggi menyaksikan hasil 10 tahun Perbendaharaan AS susut kepada 3.94 peratus.

Dalam negara, FBM KLCI ditutup tinggi pada Jumaat berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Kami menjangka belian saham akan berterusan selepas pembetulan pada beberapa hari lepas dan menyaksikan indeks berada dalam julat 1,485-1,495, dengan 1,500 menjadi paras halangan psikologi,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.33, CIMB meningkat empat sen kepada RM5.96, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM10.30 dan Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM6.93 manakala Maybank merosot dua sen kepada RM9.04.

Daripada saham aktif, Hong Seng Consolidated naik setengah sen kepada dua sen dan Ekovest menambah dua sen kepada 61 sen manakala SC Estates, Minetech dan Fast Energy, masing-masing merosot setengah sen kepada 2.5 sen, 19 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 33.72 mata kepada 11,150.57, Indeks FBM 70 meningkat 39.23 mata kepada 15,203.04, Indeks FBMT 100 menambah 34.93 mata kepada 10,796.81, Indeks FBM Emas Shariah naik 24.8 mata kepada 11,273.78 dan Indeks FBM ACE menambah 8.63 mata kepada 5,390.06.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.56 mata kepada 176.42, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 41.42 mata kepada 16,591.46, Indeks Tenaga menambah 0.46 mata kepada 866.17, Indeks Perladangan menokok 10.49 mata kepada 7,112.42 dan Indeks Hartanah menambah 4.69 mata kepada 897.48.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak Leng
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In