• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Syarikat Yang Mendapat Tempias Dari NETR

in Catalyst
A A
Syarikat Yang Mendapat Tempias Dari NETR
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apa Itu NETR?

NETR merupakan singkatan bagi National Energy Transition Roadmap. Dalam Bahasa Malaysia ia digelar sebagai Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. 

Ia adalah satu usaha untuk menetapkan komitmen Malaysia terhadap aspirasi untuk mencapai sifar pembebasan gas rumah hijau seawal tahun 2050.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Rafizi (tengah) melancarkan NETR di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama
Gambar: Sinar Harian

NETR bukan sahaja dokumen yang mengandungi langkah untuk memenuhi sasaran Net-Zero, tetapi ia adalah gabungan strategi dan inisiatif yang boleh mengubah ekonomi, kehidupan rakyat dan kedudukan negara di peta dunia.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, amat penting untuk kita tahu pelan hala tuju kerajaan agar kita tidak ketinggalan.

Persidangan ESG dan Kelestarian CGS-CIMB

CGS-CIMB Securities Malaysia on LinkedIn: #cgscimbmy #esg #renewableenergy
Satu persidangan ESG telah diadakan CGS-CIMB pada 17 Oktober 2023 yang lalu di Kuala Lumpur bertemakan “Malaysia,Asean’s Renewable Battery”. 

YB Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi, menyampaikan ucaptama. Ahli panel terkenal kami terdiri daripada Menteri Sumber Negara, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YB Tuan Nik Nazmi, dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC), Tuan Mohammed Rashdan, dan 11 pemimpin industri dari dunia korporat. Perbincangan tertumpu kepada peluang dan cabaran di sekitar cita-cita peralihan tenaga Malaysia dan rangka kerja dasar yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini.

Syarikat Yang Mendapat Tempias Dari Rantaian NETR

Sumber: CGS-CIMB Sector Note Report

Solar EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning)

Sebelum kita mula, EPCC adalah kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan. Ia adalah sejenis kontrak yang selalu digunakan untuk projek-projek swasta berskala besar ataupun projek yang melibatkan infrastruktur kompleks. 

Berdasarkan sumber yang dipetik daripada The Edge, penganalisis MIDF berpendapat syarikat EPCC tempatan bakal mendapat manfaat daripada sasaran NETR untuk meningkatkan kapasiti solar negara ini. Kerja-kerja pemasangan solar ini dianggarkan bernilai sekitar RM4.5 bilion.

Pilihan penganalisis MIDF adalah Samaiden Group Berhad, Sunview Group Berhad dan Pekat Group Berhad.

Petikan sumber dari New Straits Times pula, RHB Research berpandangan kontraktor EPCC yang mendapat manfaat adalah Solarvest, Samaiden, Sunview, Pekat dan Reservoir Link. 

Pemilik Aset

Maksud pemilik aset di sini adalah syarikat-syarikat ini memiliki aset yang mempunyai kemampuan untuk menjana tenaga.

Sebagai contoh, YTL Power adalah pengeluar tenaga bebas (IPP) yang pertama di Malaysia. Kini, dengan operasi mereka di Singapura, Indonesia dan Jordan, YTL Power adalah pemain utama dalam industri penjanaan kuasa di rantau ini. Jumlah kapasiti penjanaan kasar YTL Power pada 2023 ialah 4.8GW.

Selain itu, Malakoff pula mempunyai kebolehan dalam penjanaan kuasa haba serta tenaga boleh diperbaharui. Jika YTL Power merupakan Pengeluar Tenaga Bebas pertama, Malakoff pula adalah Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) terbesar di negara ini, akan memanfaatkan reputasi cemerlangnya di pasaran untuk meneruskan pelaburan berpotensi dalam bahagian penjanaan kuasa haba. 

Tidak lupa juga, pengembangan Malakoff dalam Tenaga Boleh Diperbaharui adalah sebahagian daripada agenda transformasi kumpulan yang sejajar dengan 17 Matlamat Pembangunan Kemampanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika syarikat itu mula mencapai neutraliti karbon.

Grid

The Grid Isn't Ready for the Renewable Revolution | WIRED
Gambar: Wired

Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan grid adalah seperti Tenaga Nasional Berhad, SMRT Holdings, Pestech, MN Holdings dan Southern Cable.

Grid berfungsi menghantarkan elektrik kepada para pengguna. Rangkaian jaringan kabel yang menghubungkan stesen janakuasa elektrik ke penguna akhir dikenali sebagai rangkaian penghantaran.

Terdapat dua fokus utama di sini iaitu Grid Kuasa di Asean dan Grid Kuasa di Malaysia.

Bagi grid kuasa di Asean, tumpuannya adalah untuk memanfaatkan lokasi strategik Malaysia di rantau ini untuk menjadi pusat grid kuasa ASEAN (NRECC).  Matlamatnya adalah untuk mencontohi kejayaan Eropah Barat, yang meningkatkan TBB melalui sambungan dan grid yang meluas merentasi benua (NRECC). Di rantau ini, skim LTMS-PIP (Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project) terbukti sebagai model yang berjaya (NRECC). Buat masa ini, terdapat perbincangan berterusan untuk lebih banyak hubungan dengan negara lain, termasuk dalam negeri dengan Sarawak (NRECC). Cabaran utama termasuk piawaian teknikal yang berbeza antara negara dan pembiayaan projek memandangkan kesalinghubungan itu bersifat intensif modal (korporat).

Bagi grid kuasa di Malaysia pula, harapannya adalah untuk belajar daripada pengalaman negara lain yang mengembangkan kapasiti TBB mereka dengan pantas tetapi bergelut dengan had grid (NRECC). Oleh itu, Malaysia berhasrat untuk memastikan grid dan infrastruktur berkaitannya disediakan untuk mengendalikan kapasiti TBB yang meningkat (NRECC).  Ini akan melibatkan pelaburan yang besar sebanyak RM35bn sepanjang 2025-2030 (atau RM180bn sehingga 2050) (NRECC).

Carbon Capture & Storage (CCS)

Gambar: Petronas

CCS dalam Bahasa Malaysia adalah penangkapan dan penyimpanan karbon. Buat masa ini, syarikat yang terlibat dalam CCS adalah Petronas Gas.

Untuk memudahkan pemahaman anda, CCS adalah proses memerangkap sisa besar karbon dioksida dari sumber utama seperti loji jana kuasa, kilang dan lain-lain kemudian memindahkan ke tempat penyimpanan menggunakan kapal, trak, paip lalu menyimpannya dalam bentuk muka bumi bawah tanah yang tidak akan dilepaskan ke atmosfera.

Buat masa ini Petronas Gas merupakan perintis bagi langkah tersebut di negara ini.

Bateri

Gambar: The Sun

Citaglobal dan Genetec telah menubuhkan usaha sama eksklusif (JV) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan (R&D), pengeluaran, perintis dan ujian BESS yang dibangunkan dan dihasilkan secara tempatan yang akhirnya mereka berjaya melancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) untuk tenaga boleh diperbaharui (RE) yang pertama dibangun dan dihasilkan oleh syarikat Malaysia, menerusi prototaip BESS 1 Megawatt (MW) beroperasi sepenuhnya (Mybess).

Sumber:

  1. Kementerian Ekonomi
  2. The Edge
  3. New Straits Times
  4. Paul Tan
  5. Petronas
Tags: Bursa MalaysiaNETR
Share691ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In