• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

 Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat walaupun Wall Street semalaman mencatatkan mendatar selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Disember lebih tinggi daripada jangkaan, mewujudkan persoalan baharu mengenai landasan Rizab Persekutuan terhadap kadar faedah.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.09 mata kepada 1,484.09 daripada 1,483.00 pada Khamis.

FBM KLCI dibuka tinggi 0.24 mata kepada 1,483.24.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 169 berbanding 164 manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,582 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 264.85 juta unit bernilai RM127.67 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata susulan Wall Street semalaman mencatatkan mendatar, Dow Jones Industrial Average naik 13.3 mata atau 0.04 peratus manakala Nasdaq hampir tidak berubah.

“Di Asia, indeks utama ditutup kebanyakannya tinggi dengan kenaikan yang kukuh di Jepun didorong oleh jangkaan bahawa Bank of Japan akan mengekalkan dasar kadar faedah rendah dalam masa terdekat.

“Di Hong Kong, saham meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dan saham teknologi yang pulih. Sehubungan itu, Indeks Hang Seng menambah 205 mata atau 1.3 peratus untuk ditutup melebihi paras 16,000,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, Thong menjangka belian saham tempatan akan berterusan, berdasarkan sokongan yang kukuh daripada dana asing dan sentimen pasaran yang lebih baik.

“Kami menjangka FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,480-1,490 hari ini,” katanya. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM9.01, CIMB naik tiga sen kepada RM5.98, Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM6.93, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.29 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.44.

Daripada saham aktif, Sarawak Cable naik 2.5 sen kepada 33 sen, Ekovest menambah dua sen kepada 56.5 sen, Sarawak Consolidated meningkat satu sen kepada RM1.13 manakala Hong Seng Consolidated dan Eastern & Oriental, masing-masing tidak berubah pada dua sen dan 75 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM 70 naik 0.99 mata kepada 15,115.46, Indeks FBMT 100 meningkat 6.05 mata kepada 10,735.57, Indeks FBM Emas Shariah menambah 13.06 mata kepada 11,250.41 dan Indeks FBM Emas menokok 6.23 mata kepada 11,089.39, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 10.14 mata kepada 5,404.48.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.56 mata kepada 175.59, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 0.67 mata kepada 16,537.32, Indeks Tenaga menambah 3.44 mata kepada 866.06, Indeks Perladangan menokok 7.85 mata kepada 7,138.47, bagaimanapun Indeks Hartanah merosot 2.31 mata kepada 885.83.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak Leng
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In