• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Jejaki Kenaikan Di Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam persekitaran sesi dagangan rendah berikutan peniaga menunggu data inflasi baharu hari ini.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.31 mata kepada 1,491.17 daripada 1,486.86 pada Rabu.

FBM KLCI dibuka tinggi 0.29 mata kepada 1,487.15.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 189 berbanding 145 manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,593 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 293.88 juta unit bernilai RM113.12 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata susulan kenaikan semalaman di Wall Street, Dow Jones Industrial Average meningkat 171 mata dan Nasdaq melonjak 112 mata dengan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 4.03 peratus.

Beliau berkata di Hong Kong, Indeks Hang Seng terus merosot berikutan kekurangan pemangkin.

“Bagaimanapun, penurunan hasil bon 10 tahun China telah mendorong kepada jangkaan mengenai penurunan kadar faedah,” katanya kepada Bernama. 

Dalam negara, Thong menjangka terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah hari ini dan turut menjangka indeks berada dalam julat 1,485-1,495.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing naik satu sen kepada RM9.01 dan RM7.01, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.33, CIMB meningkat empat sen kepada RM5.99 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.48.

Daripada saham aktif, Hong Seng Consolidated naik setengah sen kepada 2.5 sen, MMAG Holdings meningkat satu sen kepada 12.5 sen, TWL Holdings berkurangan setengah sen kepada 4.5 sen manakala Sarawak Consolidated dan Widad, masing-masing tidak berubah pada RM1.08 dan 49 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM 70 naik 0.20 mata kepada 15,078.84, Indeks FBMT 100 menambah 23.23 mata kepada 10,766.98, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 14.29 mata kepada 11,249.25 dan Indeks FBM Emas naik 23.90 mata kepada 11,121.73, bagaimanapun Indeks FBM ACE berkurangan 16.08 mata kepada 5,416.77.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.16 mata kepada 176.30, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 38.58 mata kepada 16,586.37, Indeks Tenaga meningkat 2.80 mata kepada 852.98 manakala Indeks Perladangan menambah 30.08 mata kepada 7,097.59 dan Indeks Hartanah naik 0.55 mata kepada 896.97.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIIHPRakuten TradeThong Pak Leng
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In