• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Konsortium Anak Syarikat Rohas Tecnic Peroleh Kontrak Projek RTS Link Bernilai RM199.84 Juta

in Catalyst
A A
Konsortium Anak Syarikat Rohas Tecnic Peroleh Kontrak Projek RTS Link Bernilai RM199.84 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Konsortium anak syarikat milik penuh Rohas Tecnic Bhd (RTB), Rohas-Euco Industries Bhd (REI) dan Sediabena Builders Sdn Bhd (SBSB) memperoleh kontrak daripada Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) untuk kerja pembinaan dan penyiapan bahagian luar Stesen Bukit Chagar bagi Projek Rapid Transit System Link Johor Bahru – Singapura (Projek RTS Link – Pakej 8) bernilai RM199.84 juta. 

MRTS adalah anak syarikat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd. Konsortium REI dan SBSB ditubuhkan pada 20 Okt 2023 bagi tujuan pembidaan Projek RTS Link. 

RTB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata selepas penganugerahan Projek RTS Link – Pakej 8 itu, REI dan SBSB akan memeterai perjanjian usaha sama secara terperinci dengan cadangan nisbah ekuiti sebanyak 70 peratus (REI) dan 30 peratus (SBSB). 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Projek RTS Link – Pakej 8 dijangka siap pada 31 Mei, 2025, katanya.

Menurut syarikat itu, projek tersebut tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama RTB kerana ia tidak melibatkan sebarang peruntukan atau penerbitan saham baharu oleh RTB.

Tanpa mengambil kira keadaan di luar jangka, Projek RTS Link – Pakej 8 dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan RTB bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dan 2025, dan membawa impak kewangan positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan RTB. 

— BERNAMA

Tags: kontrakProjek RTS Link - Pakej 8Rohas TecnicRohas-Euco IndustriesSediabena Builders
Share272ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In