• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Dagangan Selepas Catat Aliran Meningkat

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia yang mencatat kenaikan selama lima hari berturut-turut sebelum ini, sebaliknya susut ketika memulakan dagangan Rabu dan menjejaki prestasi lemah Wall Street.

Pada 9.13 pagi, indeks petunjuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.33 mata kepada 1,494.50 daripada paras 1,498.83 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 1.03 mata kepada 1,497.80.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 198 berbanding 194 manakala 347 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,480 tidak diniagakan dan 20 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencecah 518.09 juta unit bernilai RM138.90 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata kalangan peniaga kekal berhati-hati ketika menunggu pengumuman data inflasi dalam tempoh dua hari lagi iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat (AS) bagi Disember.

“Berikutan itu, Dow Jones susut 158 mata, Nasdaq menokok 14 mata manakala hasil Kertas Perbendaharaan 10 tahun AS menguncup sedikit kepada 4.015 peratus.

“Di Hong Kong pula, Indeks Hang Seng meneruskan penyusutannya untuk ditutup di bawah paras 16,200 yang disebabkan terutamanya oleh penjualan saham syarikat gergasi teknologi seperti Alibaba, JD.com, Tencent dan Meituan,” katanya kepada BERNAMA.

Di peringkat tempatan, Thong percaya FBM KLCI masih menjadi tumpuan biarpun fasa konsolidasi ketika ini dan dijangka mencatat aliran dalam julat 1,495 hingga 1,505 hari ini.

“Kaunter Pembinaan dan Tenaga berkemungkinan menjadi tumpuan susulan aktiviti penjualan yang berlaku semalam,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM9.08 dan RM4.37, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals turun enam sen masing-masing kepada RM10.50 dan RM7.04 manakala CIMB tidak berubah pada RM6.05.

Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated, TWL Holdings dan Minetech Resources masing-masing naik setengah sen kepada tiga sen, lima sen dan 24 sen manakala Pan Malaysia naik dua sen kepada 17 sen dan Industronics turun satu sen kepada lapan sen. 

Di papan indeks pula, Indeks FBM 70 susut 8.78 mata kepada 15,100.59, Indeks FBMT 100 berkurangan 24.89 mata kepada 10,788.82, Indeks FBM Emas Shariah turun 16.62 mata kepada 11,250.03, Indeks FBM Emas menguncup 23.11 mata kepada 11,143.04 dan Indeks FBM ACE merosot 0.76 mata kepada 5,442.18.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.14 mata kepada 176.97, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 39.18 mata kepada 16,696.74 dan Indeks Tenaga merosot 2.28 mata kepada 842.21 manakala Indeks Perladangan naik 0.01 mata kepada 7,082.20 dan Indeks Hartanah menokok 2.43 mata kepada 907.30.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsesi awal
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In