• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Datasonic Raih Lanjutan Kontrak Penyelesaian Pasport RM134.95 Juta, RM28.69 Juta Untuk MyKad

in Catalyst
A A
Datasonic Akan Pertingkat Pengeluaran Halaman Data Polikarbonat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Datasonic Group Bhd (Datasonic) telah menerima surat lanjutan (LoE) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pembekalan cip pasport Malaysia, dokumen pasport dan muka surat biodata polikarbonat bagi tempoh enam bulan mulai 1 Dis, 2023 hingga 31 Mei, 2024.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata LoE itu melibatkan nilai kumulatif sebanyak RM134.95 juta.

Selain itu, kumpulan itu juga mengumumkan kejayaannya menerima surat penganugerahan daripada KDN bagi pembekalan kad mentah MyKad, MyTentera, MyPOCA dan bahan guna untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh enam bulan bermula 1 Dis, 2023 hingga 31 Mei, 2024 dengan nilai kontrak sebanyak RM28.69 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurutnya, LoE itu melibatkan nilai kontrak tambahan masing-masing RM60.20 juta bagi pembekalan cip pasport, RM25.33 juta bagi bekalan dokumen pasport, RM49.43 juta untuk bekalan muka surat biodata polikarbonat.

Bagi LoE bernilai RM134.95 juta itu, Datasonic turut memperoleh satu LoE bernilai RM11.35 juta bagi perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif pusat kad di JPN bagi tempoh enam bulan sama yang menjadikan nilai keseluruhan kepada RM146.31 juta.

Dalam kenyataan sama, Pengerusi Eksekutif Datasonic Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah menzahirkan rasa bangga kumpulan kerana dapat meneruskan peranan sebagai penyedia tunggal penyelesaian pasport kepada Jabatan Imigresen — usaha yang berjaya dipenuhi sejak 2016.

“Malah, begitu juga dengan penyelesaian MyKad yang mana Datasonic berbesar hati dapat meneruskan perkhidmatan kami kepada pelanggan dan negara serta menjadi penyedia tunggal MyKad untuk JPN selama lebih 10 tahun sejak 2012.

“Ini jelas memaparkan bukti rekod prestasi dan penyampaian kami. Datasonic juga telah berupaya memenuhi lonjakan permintaan yang kukuh untuk pasport sejak pembukaan semula sempadan negara dan bagi MyKad ketika menempuh isu-isu seperti gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos input,” kata beliau.

Tengku Abu Bakar Ahmad berkata serahan pasport oleh Datasonic turut mencecah paras tinggi baharu dalam tahun kewangan sebelum ini (tahun kewangan 2023) dan kumpulan itu menjangkakan permintaan kekal kukuh di masa-masa akan datang.

“Susulan peningkatan jumlah perolehan kontrak, ini hanya mengukuhkan lagi prospek pendapatan dan masa depan yang lebih cerah,” kata beliau.

— BERNAMA

Tags: DatasonicJPNKDNkontrakMyKadMyPOCAMyTentera
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In