• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

KJTS Sasar Kumpul RM58.9 Juta Daripada IPO

in Saham
A A
KJTS Sasar Kumpul RM58.9 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — KJTS Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM58.9 juta     daripada tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 26 Jan, 2024.

Pengarah Eksekutif Sheldon Wee berkata IPO itu merangkumi penerbitan 218.03 juta saham baharu berharga 27 sen sesaham, sambil menambah sebahagian besar hasil akan digunakan untuk pengembangan perniagaan, modal kerja dan bagi membayar perbelanjaan penyenaraian syarikat.

 “Ia membuka jalan untuk kami meningkatkan perkhidmatan dan meluaskan jangkauan kami di Malaysia, Singapura dan Thailand, dan kami optimis tentang masa depan dan peluang melalui IPO ini untuk syarikat kami,” katanya berucap pada majlis pelancaran prospektus berkenaan hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Menurut Wee, sebanyak RM44.9 juta akan digunakan untuk pengembangan perniagaan, iaitu RM40.4 juta untuk pengembangan segmen Tenaga Penyejuk dan RM4.5 juta untuk pembesaran pejabat di Malaysia, Thailand dan Singapura.​

“Sementara itu, baki RM8.1 juta akan diperuntukkan untuk modal pusingan dan RM5.8 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata 15 juta saham akan diperuntukkan untuk penempatan persendirian, yang mana 1.70 juta saham akan diperuntukkan untuk pengarah, 2.40 juta saham untuk pengurusan kanan utama, 10.46 juta saham untuk pekerja yang layak, dan 0.44 juta saham untuk mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan itu.

Sementara itu, 34.4 juta saham akan diperuntukkan kepada rakyat Malaysia secara pengundian.

Syarikat itu berkata sebanyak 168.63 juta saham diperuntukkan untuk langganan para pelabur institusi dan terpilih serta 49.40 juta saham untuk tawaran runcit.

Saham-saham untuk langganan awam telah dibuka untuk permohonan bermula dari hari ini hingga 5 petang 11 Jan, 2024.

Hong Leong Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan pemilik buku tunggal.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaHong LeongIPOKJTSProspektus
Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In