“ Saham apa nak beli sekarang?”
Bursa Malaysia dijangka akan menjadi lebih rancak pada tahun 2024 oleh para penganalisis pasaran. Sentimen ini disokong dengan tindakan Federal Reserve di Amerika Syarikat yang dijangka akan memotong kadar faedah semalam di sana.
Ini akan merancakkan pasaran saham apabila pelabur mula beralih memilih instrument pelaburan berbeza daripada tindakan Federal Reserve tersebut. Sekali gus, pasaran saham Malaysia akan menerima impak yang positif.
Tetapi sebagai pelabur terutamanya pelabur baru, mesti kita mengharapkan ada pilihan saham yang lebih kecil daripada lebih 900 saham yang didagangkan di Bursa Malaysia. Jangan risau, kami kongsikan saranan daripada pakar untuk anda!
3 Sektor Yang Disyorkan Pakar
Menurut sumber daripada Bursa Malaysia, setakat data November, ramai penganalisis pasaran memberikan saranan kepada tiga sektor ini di Bursa Malaysia. Sektor tersebut adalah seperti sektor:-
- Tenaga (80%)
- Pembinaan (69%)
- Pengangkutan (65%)
Daripada banyak-banyak sektor di Bursa Malaysia, paling banyak saham yang mendapat saranan belian daripada penganalisis pasaran adalah tiga sektor diatas. Data ini diambil daripada keputusan bulan November 2023 seperti dibawah.
Saham Apa Untuk Sektor Tenaga Yang Disyorkan?
Saham pilihan untuk sektor tenaga yang mendapat perhatian penganalisis adalah saham syarikat Yinson dan juga Hibiscus. Kedua-dua saham ini telah mendapat saranan belian lebih daripada tiga orang penganalisis.
Saham Yinson, dinilai oleh sembilan orang penganalisis pasaran dan kesemua penganalisis memberikan saranan belian terhadap saham ini. Setakat artikel ini ditulis, saham ini didagangkan pada harga RM2.50 seunit. Sayangnya, saham ini adalah saham yang tidak patuh syariah.
Syarikat Hibiscus pula telah mendapat liputan daripada empat penganalisis pasaran dan 100% daripada kempat-empat penganalisis memberikan saranan belian terhadap saham Hibiscus ini. Harga saham Hibiscus setakat artikel ini ditulis adalah pada paras RM2.54 seunit. Saham Hibiscus patuh syariah.
Saham Apa Untuk Sektor Pembinaan Yang Disyorkan?
Untuk sektor pembinaan pula, saham syarikat yang mendapat perhatian pelabur adalah saham Gamuda. Seramai 19 penganalisis telah membuat penilaian terhadap syarikat ini, 18 daripadanya memberikan saranan belian terhadap syarikat ini.
Harga seunit saham Gamuda ketika artikel ini ditulis adalah sekitar RM4.59 seunit. Saham ini juga patuh syariah.
Saham Apa Untuk Sektor Pengangkutan Yang Disyorkan?
Untuk sektor pengangkutan, saham yang banyak mendapat liputan daripada penganalisis pasaran adalah saham Malaysia Airports Holdings Berhad. Daripada 15 penganalisis yang membuat kajian terhadap saham ini, 11 daripadanya memberikan saranan belian dan selebihnya memberikan saranan hold.
Harga saham ini ketika ini adalah pada paras RM7.36 seunit. Tetapi saham ini juga adalah saham yang tidak patuh syariah.
Anda Ada Saranan Saham Untuk Tahun 2024?
Untuk tahun 2024 ini, jika ada satu saham untuk anda beli dan simpan selama setahun, agak-agak anda akan beli saham apa?
Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




