• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sektor Hartanah ‘Bersinar’ Pada 2023 Di Bursa Malaysia — HLIB

in Catalyst
A A
Unjuran Sektor Hartanah Dijangka Kekal Neutral Pada 2021

Kredit gambar: KLSE Screener

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Sektor hartanah menyerlah pada 2023, susulan pencapaiannya sebagai sektor berprestasi kedua terbaik di Bursa Malaysia dengan Indeks Hartanah Kuala Lumpur (KLPRP) mencatatkan pulangan memberangsangkan sebanyak 34.5 peratus berbanding kerugian Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 2.7 peratus.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) dalam satu nota hari ini, sektor hartanah mencatat prestasi yang lebih baik pada 2023.

Ia berkata sektor itu menyaksikan peningkatan tiga kali ganda, dengan pendapatan kukuh daripada pengebilan yang dipercepatkan, jualan yang lebih tinggi berikutan lebih banyak produk baharu di pasaran utama dan lebih banyak pelancaran memandangkan situasi bekalan yang semakin pulih. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Namun begitu, bank pelaburan itu berkata bahawa ketiga-tiga faktor ini tidak menggambarkan perubahan asas dalam dinamik permintaan asas.

Justeru, ia mengekalkan penarafan “neutral” ke atas sektor itu selepas diturunkan daripada “overweight” pada Disember 2023.

“Saham seperti Sunway Bhd (Sunway), OSK Holdings Bhd (OSK) dan Matrix Concepts Holdings Bhd mencapai harga saham tertinggi sepanjang masa mereka pada 2023.

“Walaupun diberikan penarafan “neutral” pada sektor ini, kami bagaimanapun mengenal pasti beberapa syarikat yang berpotensi untuk “outperform” dan pilihan utama kami ialah Sunway, OSK, Sime Darby Property Bhd dan IOI Properties Group Bhd,” katanya.

Sementara itu, HLIB berkata ia menjangkakan pertumbuhan sederhana sektor itu pada 2024, dan faktor yang merangsang sektor itu pada 2023 dijangka berkurangan.

“Oleh itu, pemaju tidak mungkin meningkatkan pelancaran mereka dengan ketara pada 2024.

“Dengan jangkaan pertumbuhan sederhana dalam ekonomi dan pelancaran baharu, kami berpendapat jualan juga akan menyaksikan kadar pertumbuhan sederhana pada 2024,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiahartanahHLIBkedua terbaik
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In