• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

LBS Bina Sasar Jualan Hartanah RM1.8 Bilion Untuk 2024

in Catalyst
A A
LBS Akan Lancar 12 Projek Baharu Dengan GDV RM2.09 Bilion Pada 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PETALING JAYA, 4 Jan (Bernama) — LBS Bina Group Bhd meletakkan sasaran jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion untuk 2024 berdasarkan tinjauan positif bagi pasaran itu.

Kumpulan itu menutup 2023 dengan jualan hartanah berjumlah RM1.70 bilion, meleset daripada sasaran awal sebanyak RM2 bilion.

Tahun ini, pemaju hartanah itu merancang melancarkan 10 projek baharu merangkumi 4,858 unit dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.33 bilion di Lembah Klang, Johor dan Pahang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengerusi Eksekutif Tan Sri Dr Lim Hock San berkata pasaran hartanah dijangka kekal kukuh tahun ini berikutan permintaan berterusan untuk rumah mampu milik di Lembah Klang dan bahagian lain di negara ini.

“Unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5- 5.5 peratus bagi 2024 telah menambah keyakinan kepada kami,” katanya kepada pemberita hari ini selepas taklimat media.

Lebih-lebih lagi, Lim berkata perkembangan terkini seperti pengecualian visa untuk pelancong dari China, India serta rantau Arab, dijangka menarik lebih ramai pelancong dan merancakkan aktiviti perniagaan di Malaysia.

“Secara keseluruhan, tahun ini kelihatan sangat optimis dan walaupun saya gunakan istilah itu dengan berhati-hati, kami yakin dapat mencapai (sasaran jualan) RM1.8 bilion,” katanya.

Lim ketika mengulas mengenai prestasi 2023 berkata memandangkan sentimen pasaran termasuk keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, kumpulan itu terpaksa menangguhkan beberapa pelancaran sehingga 2024, yang membawa kepada penurunan dalam jualan hartanah.

“Namun begitu, kami tetap fokus dalam mencapai sasaran kami untuk tahun ini. Sorotan utama ialah kejayaan penghantaran pemilikan kosong membabitkan 4,872 unit bernilai RM 2.40 bilion.

“Kami akan terus memantau pasaran dan melaksanakan strategi yang sesuai  bagi memastikan operasi kami tidak terganggu dan kami kekal optimistik tentang prospek pertumbuhan kami untuk 2024 ,” tambahnya.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan memberitahu LBS terlibat secara aktif dalam 19 projek pembangunan yang sedang berjalan, secara kolektif dianggarkan mempunyai GDV sebanyak RM5 bilion.

Sehingga 31 Dis 2023, simpanan tanah kumpulan itu meliputi kira-kira 1,119.77 hektar, rizab yang besar ini dijangka mengekalkan kumpulan itu untuk 10 hingga 15 tahun akan datang.

Kumpulan itu juga mempunyai jualan belum dibil berjumlah RM1.99 bilion, memastikan prospek pendapatan yang agak mantap untuk dua hingga tiga tahun akan datang.

— BERNAMA

Tags: hartanahLBS
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In