• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah hari ini dalam persekitaran prestasi kurang menggalakkan di Wall Street semalaman, kata seorang penganalisis. 

Pada 9.05 pagi hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.24 mata kepada 1,462.13 daripada 1,462.37 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran, bagaimanapun, dibuka tinggi 0.48 mata kepada 1,462.85.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 165 berbanding 158 manakala 297 kaunter tidak berubah, 1,600 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 290.01 juta unit bernilai RM98.13 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah secara amnya berikutan aktiviti pengambilan untung apabila sentimen ditentukan oleh tafsiran terhadap pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.

Sehubungan itu, Dow Jones Industrial Average merosot 284 mata manakala Nasdaq berkurangan 174 mata sebahagian besarnya berikutan jualan di Apple disebabkan penurunan penarafan. Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut sedikit kepada 3.92 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng mengekalkan trend penurunannya dalam persekitaran kemerosotan di Wall Street dan jangkaan terhadap kadar faedah. Pesimisme terhadap ekonomi China yang pulih juga mendorong jualan di Bursa Saham Hong Kong.

Di peringkat tempatan, Thong berkata FBM KLCI akhirnya naik untuk ditutup melebihi paras 1,460 berikutan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah pada sesi tengah hari semalam.

“Pada hari ini, kami menjangka belian saham akan berterusan dan mengekalkan bahawa bank akan terus menjadi tumpuan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,460-1,470 hari ini dengan paras 1,465 sebagai halangan utama. Jika paras ini dapat dilepasi, justeru, paras 1,500 dapat dicapai,” katanya kepada Bernama. 

Daripada saham wajaran tinggi perbankan, Maybank dan Public Bank, masing-masing menambah 1.0 sen kepada RM8.90 dan RM4.28, PPB Group meningkat 12.0 sen kepada RM14.68, QL Resources naik 5.0 sen kepada RM5.78 dan CIMB merosot 1.0 sen kepada RM5.89.

YTL Power International meningkat 1.0 sen kepada RM2.81 dan Hong Leong Bank naik 2.0 sen kepada RM18.52.

Daripada saham aktif, Minetech meningkat 2.5 sen kepada 20.0 sen, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 3.0 sen, MMAG naik 1.0 sen kepada 16 sen dan Edaran melonjak 24 sen kepada RM1.45.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 6.89 mata kepada 5,374.39, Indeks FBM Emas merosot 2.75 mata kepada 10,900.18 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 2.85 mata kepada 10,553.15.

Indeks FBM 70 merosot 8.63 mata kepada 14,762.55 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 8.49 mata kepada 11,073.41.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah naik 0.79 mata kepada 898.70, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.08 mata kepada 176.36 dan Indeks Tenaga naik 0.60 mata kepada 821.44.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.28 mata kepada 16,324.82, bagaimanapun Indeks Perladangan jatuh 6.26 mata kepada 7,006.38.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak LengWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In