• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Projek Pembangunan Bernilai RM170.9 Juta Di Pulau Pinang

in Catalyst
A A
Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bernilai RM226 Juta Daripada Aspen Vision
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Syarikat pembinaan Kerjaya Prospek Group Bhd menerima surat lantikan daripada anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd, Persada Mentari Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan Pulau Andaman bernilai RM170.9 juta di Pulau Pinang.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kontrak tersebut melibatkan pembinaan dan pelaksanaan kerja pembinaan bangunan utama bagi sebuah bangunan setinggi 45 tingkat.

Menurut kenyataan itu, pembangunan tersebut merangkumi blok setinggi 38 tingkat yang terdiri daripada 380 unit pangsapuri servis, tempat letak kereta bawah tanah dua tingkat dan tempat letak kereta bertingkat setinggi lima tingkat.

Projek itu dijadualkan bermula 18 Jan, 2024 dan dijangka siap dalam tempoh 35 bulan. 

“2024 akan menjadi satu lagi tahun bagi Kerjaya untuk menonjolkan daya tahan dan keupayaannya sebagai pemain pembinaan yang cemerlang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kerjaya Tee Eng Tiong.

Tee berkata syarikat itu bermula kukuh tahun ini disokong oleh pelaksanaan projek tersebut, yang akan menandakan yang pertama daripada banyak projek pada tahun 2024.

“Dengan penganugerahan projek ini, nilai perolehan kontrak kami kekal kukuh pada RM4.5 bilion, yang akan menyediakan sokongan pendapatan jangka panjang bagi tahun-tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata Kerjaya yakin dengan rekod prestasi dan kepakarannya untuk menambah projek perumahan bertingkat baharu namun pihaknya akan berusaha memanfaatkan peluang dalam kelas pembinaan lain untuk mengembangkan keupayaan syarikat.

— BERNAMA

TAG: Kerjaya Prospect, surat lantikan, projek, Andaman Island, Pulau Pinang, pembinaan

Tags: Andaman IslandKerjaya ProspectKerjaya ProspekprojekPulau Pinangsurat lantikan
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In