• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Master Tec Group Berhad

in Saham
A A
10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Master Tec Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sejak kebelakangan ini, prestasi IPO mula nampak positif meskipun ramai pelabur ingatkan yang IPO telah hilang minat daripada orang ramai. 

Sumber: Master Tec

Master Tec bakal didagangkan di Pasaran Ace dan penasihatnya adalah SJ Securities Sdn Bhd. Pada harga RM0.39 seunit, ia mungkin mampu menarik minat pelabur awal untuk memohon IPO ini. Walaubagaimanapun, pelabur perlu membuat penilaian sendiri terlebih dahulu.

Mari tonton video korporat Master Tec : Master Tec Corporate Video

Selepas itu, jom baca 10 perkara anda perlu tahu sebelum memohon IPO Master Tec Group Berhad.

1. Perniagaan Yang Dijalankan

Pelanggan atau klien Master Tec datangnya dari industri-industri berikut iaitu: 

  • Utiliti kuasa
  • Tenaga boleh diperbaharui (solar)
  • Pembangunan dan pembinaan hartanah
  • Mesin & peralatan
  • Minyak & gas
  • Pengangkutan awam
  • Pusat data
  • Telekomunikasi
Sumber: Master Tec

Baca: Master Tec bekal kabel voltan rendah kepada unit TNB

Produk keluaran Master Tec pula adalah sudah tentunya pelbagai jenis kabel dengan pelbagai fungsi. Antara yang menarik perhatian adalah kabel solar kerana fokus kerajaan terhadap pelan NIMP 2030 serta NETR yang memberi perhatian penuh terhadap sektor solar.

Sumber: Master Tec

2. Model Perniagaan

Sumber: Master Tec

Model perniagaan Master Tec adalah pembuatan dan mengedarkan pelbagai jenis kabel kepada syarikat dalam industri utiliti kuasa dan pasaran am seperti kedai pemborong peralatan elektrikal, kontraktor mekanikal & elektrikal dan pengendali projek.

3. Pengasas

Master Tec Awarded RM12 Mil Contract for Supplying 3 Types of Cables |  BusinessToday

Mari kita singkap sejarah penubuhan syarikat ini. Ia bermula apabila pengasas bersama iaitu Dato’ Lau dan bekas rakan kongsi terdahulu mula menubuhkan MTWC pada tahun 2005 untuk fokus terhadap pembuatan dan mengedarkan kabel bervoltan rendah.

Mereka bekerja bersama-sama sehingga tahun 2021 apabila rakan kongsi tersebut meninggalkan kumpulan syarikat untuk meneruskan perniagaannya yang lain. 

4. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGS-CIMB e-IPO

Jangan terlepas tarikh-tarikh penting di atas. Ya betul, anda boleh memohon IPO ini bermula sekarang, dari 28 Disember 2023 sehingga 18 Januari 2024. Cabutan undian pula akan dilakukan pada 22 Januari 2024.

Sekiranya berjaya mendapat IPO ini, IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS bermula 26 Januari 2024. Tarikh yang ditunggu-tunggu pula adalah 29 Januari 2024 iaitu tarikh penyenaraiannya.

5. Dana Bakal Digunakan Untuk Apa

Seperti kesemua IPO yang lain juga, bahagian paling penting dalam prospektus adalah pelabur ingin tahu dana IPO tersebut akan digunakan untuk tujuan apa.

Sumber: Prospektus

Hasil dana IPO bakal digunakan untuk empat perkara. 27.22% atau RM16.783 juta akan digunakan untuk membina kilang pembuatan yang baharu. Tambahan pula 39.55% atau RM24.387 juta akan digunakan untuk membeli mesin serta peralatan yang baharu. 

Sebanyak RM16.289 juta atau 26.42% akan digunakan sebagai modal kerja am.

Yang terakhir, sejumlah RM4.2 juta akan digunakan untuk membayar yuran serta perbelanjaan yang berkaitan dengan penyenaraian syarikat. Ia akan digunakan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh penyenaraian.

Berdasarkan di atas, tujuan hasil dana IPO ini dilihat bakal digunakan secara baik oleh Master Tec dan sebahagian besar daripadanya bakal digunakan untuk tujuan mengembangkan perniagaan.

6. Pendapatan Syarikat

Hasil pendapatan Master Tec dilihat meningkat dengan baik sejak tahun 2020 sehingga tahun 2022. Pada tahun 2022, hasil pendapatan Master Tec direkodkan pada RM362.69 juta berbanding RM275.88 juta pada tahun 2021. 

Sumber: Prospektus

Walaubagaimanapun, sekiranya anda perhatikan kos jualan juga boleh dianggap agak tinggi iaitu hampir kepada nilai pendapatan.Jika dilihat kepada margin keuntungan bersih selepas cukai adalah dalam lingkungan 2% sehingga 5.5% sahaja.

Sumber: Prospektus

7. Kelebihan Persaingan

  1. Master Tec merupakan pengeluar wayar dan kabel yang terkenal dan mempunyai rekod prestasi yang kukuh. Master Tec telah berada dalam industri ini selama 17 tahun. Sepanjang tempoh ini jenama Master Tec memiliki prestasi yang baik bagi kabel bervoltan rendah.
  2. Master Tec telah melaksanakan sistem perancangan dan pengurusan pengeluaran yang berkesan untuk memastikan kualiti dan kecekapan dalam produktiviti.
  3. Memiliki barisan pengurusan yang berpengalaman luas.
  4. Sentiasa memastikan kualti produk berada di tahap terbaik.
  5. Memiliki portfolio klien yang seimbang. Pada tahun 2022, Master Tec memiliki 246 klien.

8. Risiko

Antara perkara penting yang pelabur perlu sentiasa berwaspada adalah harga semasa tembaga (copper) dan aluminum (aluminium).

Dua komoditi tersebut merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan kabel. 

Sekiranya anda berminat untuk memantau harga komoditi tersebut dari semasa ke semasa, anda boleh layari laman sesawang Trading Economics.

Link : Trading Economics – Aluminum

Link : Trading Economics – Tembaga

Selain itu, antara risiko-risiko yang telah dinyatakan di prospektus syarikat adalah seperti:

  1. Perniagaan syarikat sangat bergantung kepada pesanan secara berterusan oleh pelanggan sedia ada.
  2. Ada masanya tidak dapat mendapatkan bekalan bahan mentah daripada pembekal pada harga yang diinginkan dan/atau pada masa yang tepat.
  3. Perubahan harga mentah komoditi boleh menjejaskan keuntungan
  4. Terdedah kepada kebergantungan terhadap 1 klien yang besar.
  5. Peningkatan persaingan dalam industri.
  6. Usaha ke arah menghasilkan kabel bervoltan sederhana tidak semestinya menjamin kejayaan seperti yang diharapkan.
  7. Terlalu bergantung kepada pengurusan tertinggi syarikat.
  8. Bergantung kepada tenaga pekerja asing.
  9. Memerlukan lesen serta permit daripada pihak berkuasa untuk terus menjalankan operasi.
  10. Potensi untuk menghadapi kekangan operasi sekiranya mesin dan peralatan mempunyai kerosakan.
  11. Terdedah kepada risiko operasi dan liabiliti untuk tuntutan dan litigasi disebabkan oleh perlindungan insurans yang tidak mencukupi.
  12. Tertakluk kepada peraturan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  13. Risiko pertukaran mata wang.

9. Polisi Dividen

Sumber: Prospektus

Master Tec menyasarkan untuk mengagihkan dividen sebanyak 30% daripada keuntungan selepas cukai kepada para pemegang saham.

Memandangkan Master Tec mempunyai banyak anak syarikat, pendapatan anak syarikat serta dividen yang diperoleh daripada anak syarikat akan mempengaruhi peratusan agihan dividen kepada pemegang saham.

Berdasarkan prospektus, Master Tec berjaya mengagihkan dividen sebanyak 43.07% pada tahun 2021 dan 50.00% pada tahun 2022.

10. Status Syariah

Sumber: Prospektus

IPO Master Tec Group Berhad adalah patuh syariah berdasarkan Majlis Penasihat Syariah Malaysia.

Kalau anda berminat, boleh mohon di ATM, borang permohonan & online banking seperti Maybank2u, laman web eIpoCIMB.com dan lain-lain.

Ingat, tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Januari 2024, 5.00 petang. Selamat mencuba!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaIPOMaster Tec
Share320ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

5 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In