• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Kim Loong Naik 31 Peratus Pada Suku Ketiga Walaupun Harga FFB Rendah

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Kim Loong Naik Kepada RM162.56 Juta Bagi Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Keuntungan bersih Kim Loong Resources Bhd meningkat 31 peratus kepada RM47.97 juta pada suku ketiga berakhir 31 Okt 2023 daripada RM36.74 juta pada tahun sebelumnya di tengah-tengah hasil lebih tinggi daripada operasi perladangan dan pengilangan minyak sawit.

Hasil pada suku berkenaan menokok kepada RM448.68 juta daripada RM402.41 juta sebelum ini terutamanya berikutan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang meningkat 10 peratus walaupun penurunan 6.0 peratus bagi purata harga jualan FFB bagi suku itu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, untuk tempoh kewangan sembilan bulan, keuntungan bersih merosot kepada RM122.84 juta berbanding RM125.64 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya manakala hasil turun kepada RM1.16 bilion daripada RM1.48 bilion sebelum ini.

“Kemerosotan prestasi bagi tahun kewangan semasa setakat ini berlaku terutamanya disebabkan penurunan yang mendadak bagi harga jualan purata FFB dan minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 27 peratus.

“Bagaimanapun, pengeluaran FFB bagi tahun semasa setakat ini menokok 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala pengeluaran MSM adalah lebih rendah,” katanya.

Menurut Kim Loong, kumpulan telah melaksanakan langkah penanaman semula seluas 335 hektar setakat ini.

Sehingga 31 Okt 2023,  jumlah kawasan tanaman bagi kumpulan itu yang tidak termasuk tanah untuk infrastruktur, tanah tidak boleh ditanam dan kawasan dalam pembangunan berjumlah 15,829 hektar.

Lembaga pengarah turut mengumumkan dividen khas sebanyak tiga sen sesaham, menjadikan jumlah dividen bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Jan 2024 kepada lapan sen (tahun kewangan 2023:10 sen).

Pada masa depan, Kim Loong berkata kumpulan menjangkakan prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan 2024.

Menurutnya pengeluaran FFB bagi tahun kewangan semasa diramalkan meningkat 15 peratus berbanding kuantiti yang diraih pada tahun kewangan 2023 berikutan lebih banyak kawasan penanaman semula yang semakin matang dan profil umur lebih baik bagi kawasan produktif sawit muda.

Bagi operasi pengilangan minyak sawit, pihak pengurusan mengunjurkan untuk mencapai jumlah pemprosesan daya pemprosesan sebanyak 1.5 juta tan FFB bagi tahun kewangan semasa.

Ia juga menjangkakan loji biogasnya di Telupid, Sabah, yang memulakan bekalan kuasa kepada grid pada bulan ini akan menyumbang secara positif kepada hasil serta keuntungan bermula tahun kewangan 2025 dan seterusnya.

“Dari segi prospek harga MSM, walaupun pergerakan harga MSM tidak menentu baru-baru ini, pengurusan berharap harga purata MSM untuk tahun kewangan 2024 kekal melebihi RM3,800 setiap tan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: FFBKim Loong ResourcesMSMperladanganprestasi
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In