Anda pernah dengar nama syarikat NCT Alliance Berhad? Jika tidak, bagaimana pula dengan Grand-Flo Berhad? Sebenarnya sebelum ini, NCT Alliance dikenali dengan nama Grand-Flo.
Pembaharuan nama korporat tersebut berlaku pada tahun 2021 selaras dengan dengan kedudukan aspirasi NCT Alliance sebagai pemaju hartanah terkemuka dengan pengkhususan dalam pemulihan projek terbengkalai.
Beberapa info mengenai saham NCT adalah seperti berikut:
1. NCT disenaraikan di Bursa Malaysia dengan kod 0056. Syarikat ini dikategorikan di bawah sektor hartanah dan berstatus patuh syariah.
2. Sejarah NCT Alliance
Kumpulan NCT diasaskan pada tahun 1985 oleh dua orang adik beradik iaitu Dato’ Sri Yap Ngan Choy dan Dato’ Yap Fook Choy (Dato’ Joe). Syarikat NCT pada mulanya merupakan kontraktor dengan kepakaran dalam jubin.
Pada tahun 1998, syarikat ini mengembangkan perniagaan dengan menceburi bidang pembinaan, hartanah dan perdagangan bahan binaan. Kini NCT telah berjaya menjadi salah sebuah pemaju hartanah yang paling dinamik di Malaysia.
3. Pemegang Utama Saham
Pemegang utama saham NCT dipegang oleh YBG Yap Consolidated Sdn Bhd. Pegangan syarikat tersebut adalah sebanyak 603.37 juta unit yang mewakili 50.32% daripada keseluruhan pegangan.
4. Dikenali sebagai ‘White Knight’
Tahukah anda NCT dikenali sebagai sebuah syarikat pemaju yang mampu memulihkan projek pembangunan perumahan mega yang terbengkalai di Malaysia?
Pada tahun 2012, NCT telah diamanahkan untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai terbesar di Malaysia.
Lokasi tersebut terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor dan seluas 1,275 hektar. Kejayaan memulihkan projek terbengkalai tersebut berjaya menaikkan nama NCT Alliance.
Selain itu, pada tahun 2014 NCT sekali lagi berjaya memulihkan projek perumahan terbengkalai terbesar di Pahang iaitu Genting Highlands Billion Court.
Anda boleh lihat sendiri perbezaan gambar di sebelah kiri yang menunjukkan keadaan ketika projek tersebut ditinggalkan oleh pemaju sebelumnya. Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan keadaan setelah projek tersebut dipulihkan oleh NCT Alliance.
Kejayaan-kejayaan memulihkan projek terbengkalai seperti di atas telah menyebabkan NCT Alliance diberi gelaran ‘white knight’ atau firma wira. NCT umpama satria yang memberikan peluang kepada pelabur awal untuk melihat projek perumahan tersebut diteruskan setelah ditinggalkan beberapa tahun lamanya.
Rekod cemerlang ini memberi gambaran bahawa syarikat ini mempunyai kepakaran yang tinggi dalam memulihkan projek-projek terbengkalai.
5. Projek Yang Sedang Dibina
Antara projek-projek yang sedang dibangunkan adalah seperti Grand Ion Majestic, Grand Ion Delemen, Acacia Residences, Mahkota Kampar, dan The Vortex.
Lokasi projek ini terletak di beberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak.
6. Keputusan Kewangan Tahunan Terkini
Keuntungan dan margin keuntungan (%) NCT meningkat dengan baik sejak tahun 2019. Meskipun pandemik melanda pada tahun 2020 dan hasil pendapatan syarikat menurun, margin keuntungan pada tahun 2020 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2019.
Prestasi kewangan yang baik tersebut terus bertambah baik pada tahun-tahun yang berikutnya.
Bagi tahun kewangan 2022, pendapatan NCT adalah RM241 juta dan keuntungan yang dicatatkan adalah RM43.2 juta. Ini memberikan margin keuntungan sebanyak 17.9% kepada syarikat.
7. NCT Smart Industrial Park
NCT Smart Industrial Park (NSIP) merupakan sebuah pusat perindustrian yang berteknologi tinggi. Taman perindustrian ini terletak di selatan Selangor. NSIP dibina diinspirasikan daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) yang mengintegrasikan inovasi pintar dan penyelesaian mampan.
Antara perkara yang menarik perhatian mengenai NSIP adalah projek taman perindustrian ini direka dengan sangat teliti. Rekaan projek ini telah mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi di masa hadapan seperti banjir dan kesesakan lalu lintas.
Menurut pengurus besar NCT, NSIP akan mempunyai ciri-ciri pencegahan banjir dan sistem trafik pintar di dalam dan sekitar fasiliti tersebut.
Perkara ini pastinya mampu menarik minat pelabur yang melihat NSIP sebagai sebuah projek yang telah bersedia untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.
NSIP akan dilengkapi infrastruktur yang maju, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan Internet of Things (IoT) bagi meningkatkan produktiviti memaksimakan pulangan pelabur.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, NCT Alliance Berhad dilihat mempunyai beberapa projek yang telah berjaya menaikkan reputasi syarikat serta mempunyai beberapa projek menarik yang sedang berjalan.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)