fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Apa Itu Saham ‘The Magnificent 7’? Berbaloi Ke Beli?

in Saham Global
A A
Apa Itu Saham ‘The Magnificent 7’? Berbaloi Ke Beli?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

“Syarikat paling popular yang dimiliki di Amerika Syarikat”

Sebelum ini kita pernah dengar tentang saham “FAANG” yang merupakan saham teknologi yang terkenal di Amerika Syarikat. Saham tersebut terdiri daripada saham:

  • Meta (Facebook)
  • Apple
  • Amazon
  • Netflix 
  • Google

Kali ini kita berkenalan pula dengan tujuh saham terbesar di Wall Street berdasarkan kepada nilai modal pasaran (market capitalization) yang digelar ‘The Magnificent 7’ tahun 2023. Saham-saham tersebut terdiri daripada saham berikut:

  1. Apple
  2. Microsoft
  3. Alphabet
  4. Amazon
  5. NVIDIA
  6. Meta
  7. Tesla

Sumber: Visual Capitalist

Adakah Saham ‘The Magnificent 7’ Patuh Syariah?

Sumber: Muslim Xchange

Menurut saringan syariah daripada Muslim Xchange, ketujuh-tujuh saham ‘The Magnificent 7’ ini lepas piawaian syariah yang telah ditetapkan oleh mereka. 

Oleh itu, ketujuh-tujuh saham ini boleh dibeli tanpa was-was jika anda merujuk saringan status patuh syariah daripada Muslim Xchange. 

Berapa Nilai Pasaran Syarikat ‘The Magnificent 7’ Ini?

Sumber: companiesmarketcap.com

Untuk syarikat yang didagangkan di Amerika Syarikat, nilai pasaran syarikat Apple adalah yang terbesar, iaitu sebanyak US$3.011 trilion dan diikuti oleh Microsoft, Google yang masing-masing mempunyai nilai pasaran sebanyak US$2.78 trilion dan US$1.77 trilion. 

Amazon dan NVIDIA pula masing-masing mempunyai nilai pasaran sebanyak US$1,585 trilion dan US$1.206 trilion. 

Meta dan Tesla merupakan dua syarikat dalam ‘The Magnificent 7’ yang mempunyai nilai pasaran rendah daripada US$1 trilion, iaitu US$908.16 bilion dan US$802.80 bilion masing-masing. 

Berapa Pulangan Saham The Magnificent 7 Dalam Tempoh 5 Tahun?

Sumber: Visual Capitalist

Setakat Disember 2023, untuk lima tahun terkini, saham syarikat Tesla merupakan saham paling tinggi kenaikannya, iaitu sebanyak 829% dan diikuti oleh saham Nvidia, 783%.

Apple dan Microsoft pula masing-masing memberikan pulangan sebanyak 250% dan 224% dalam tempoh lima tahun dagangan sementara saham syarikat Google dan Meta pula berjaya membuat kenaikan sebanyak 141% dan 118% dalam tempoh masa yang sama. 

Hanya saham Amazon sahaja yang memberikan pulangan kurang daripada 100% dalam tempoh lima tahun dagangan, iaitu sebnayak 63% sahaja. 

Berbaloi Ke Melabur Dalam Syarikat The Magnificent 7 Ini?

Berbaloi atau tidak, masing-masing ada pandangan tersendiri. Apa yang pasti data dan fakta tidak menipu. Lebih baik tunggu lima tahun dapat 60% daripada percaya denganpelaburan yang pasti untung tiada rugi. 

Saham-saham ‘The Magnificent 7’ ini adalah saham syarikat yang mempunyai asas fundamental yang sangat kukuh. Risiko tetap ada tetapi jika kita beli dan simpan, tapi ia lebih baik berbanding melabur ke dalam saham penny yang tiada asas fundamental yang baik. Semuanya bergantung kepada selera risiko masing-masing.

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Nak Trade Saham Global? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun Dengan CGS-CIMB

Nak beli saham global seperti Facebook, Tesla, Microsoft, AMD tapi tak tahu nak guna broker apa?

Terdapat banyak broker luar negara yang menyediakan platform untuk membeli saham global. Namun, broker tempatan juga tidak kurang hebatnya kerana banyak broker tempatan turut mempunyai servis yang sama. 

Antara broker tempatan yang menyediakan platform jual beli saham global dan patuh syariah adalah seperti CGS-CIMB, BIMB dan MIDF.

Nak buka akaun CGS-CIMB juga amat mudah. Percuma* dan semuanya secara online! Tak perlu susah-susah keluar rumah dah boleh buka akaun pelaburan saham global.

Jom ikut langkah-langkah di bawah.

  1. Klik Buka Akaun CDS CGSI dan masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference
  2. Muat naik fail kad pengenalan anda dalam format JPEG, JPG dan PNG sahaja
  3. Pada ruang Type of Broking > pilih Equities – Share Trading > iCash Trading > Cross Border
  4. Isi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan
  5. Setelah siap Register, semak emel untuk sahkan maklumat anda
  6. Siap! Permohonan anda akan diproses dalam masa 5-10 hari bekerja
  7. Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGSI

Mudah sahaja.

Kalau perlukan bantuan untuk buka akaun pelaburan boleh juga klik: https://t.me/+1Az11JVK4XAzZDdl

Jom mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Untuk makluman, CGSI sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB.

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Share309ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI
Saham Global

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

2 weeks ago
Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street
Saham Global

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

3 weeks ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In