• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Prestasi Positif Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Jumaat, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman apabila ketiga-tiga indeks utamanya ditutup tinggi secara keseluruhan selepas mengalami penurunan sehari sebelumnya.

Indeks utama itu ialah Purata Perindustrian Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.38 mata kepada 1,455.96 daripada 1,455.58 ketika ditutup pada Khamis.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

FBM KLCI dibuka 1.18 mata lebih kukuh kepada 1,456.76.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 178 berbanding 133 manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,735 kaunter tidak diniagakan dan 12 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 215 juta unit bernilai RM108.65 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones semalaman menambah 322 mata manakala Nasdaq melonjak 182 mata walaupun hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi pada 3.892 peratus.

Beliau berkata di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup mendatar semalam, diterajui oleh penurunan dalam kalangan saham berkaitan teknologi susulan sentimen kekal berhati-hati menjelang cuti Krismas yang panjang minggu depan.

“Di tanah air, FBM KLCI mencatatkan prestasi berbeza daripada aliran meningkatnya untuk ditutup pada 1,455.58 setelah gagal melepasi paras 1,465 selepas beberapa percubaan.

“Walau bagaimanapun, kami menjangkakan beberapa aktiviti pembelian semasa harga murah berlaku hari ini dan indeks berlegar dalam julat 1,455 hingga 1,465 dengan minat terhadap saham perbankan dan utiliti,” katanya kepada Bernama.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.90 dan RM4.28, CIMB susut satu sen kepada RM5.79, Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM9.96, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.21.

Bagi saham aktif, Critical Holdings naik dua sen kepada 60.5 sen, Iskandar Waterfront City menokok 2.5 sen kepada 72 sen, Ekovest naik satu sen kepada 49 sen, manakala Leform dan Kinergy Advancement masing-masing mendatar pada 41.5 sen dan 39 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 8.23 mata kepada 5,234.81, Indeks FBM Emas naik 1.41 mata kepada 10,820.13, Indeks FBMT 100 menokok 0.04 mata kepada 10,485.87, tetapi Indeks FBM 70 susut 10.92 mata kepada 14,575.60 serta Indeks FBM Emas Syariah turun 2.91 mata kepada 11,000.19.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah menambah 0.99 00 mata kepada 858.92, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.01 mata kepada 172.12, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 14.04 mata kepada 16,282.11, manakala Indeks Perladangan susut 4.84 mata kepada 7,027.36 dan Indeks Tenaga turun 1.37 mata kepada 816.65.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIkapalThong Pak LengWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In