• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit XOX, Uni Comms Bekerjasama Untuk Sediakan Perkhidmatan Mudah Alih Label Putih

in Catalyst
A A
XOX, DGB Bentuk Syarikat Tujuan Khas Untuk Miliki Bersama Mesin Layan Diri AI

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Unit milik penuh XOX Bhd, XOX Com Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Uni Comms International Sdn Bhd, anak syarikat UCSI Group Holdings Sdn Bhd untuk meneroka kerjasama dalam bidang perkhidmatan mudah alih label putih.

Perkongsian itu juga bertujuan untuk meningkatkan gaya hidup digital pelajar dari institusi pengajian tinggi di Malaysia di bawah Program Mysiswa terutamanya pelajar dari Universiti UCSI, kata XOX dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata Uni Comms mempunyai lesen pengendali rangkaian maya mudah alih yang sah di Malaysia untuk menyediakan telekomunikasi dan perkhidmatan lain yang berkaitan kepada pelanggannya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Menurut MoU itu, Uni Comms akan menggunakan perkhidmatan mudah alih label putih untuk ditawarkan kepada pelanggannya di Malaysia. XOX Com, sebagai penyedia perkhidmatan rangkaian maya mudah alih seterusnya akan menyediakan perkhidmatan tersebut kepada Uni Comms.

“Antara perkhidmatan berkenaan adalah perkhidmatan suara, pemesejan, perkhidmatan perayauan antarabangsa dan perkhidmatan data,” katanya.

Menurut XOX, selepas mengambil kira semua aspek MoU itu, ahli lembaga pengarah berpendapat bahawa kerjasama itu adalah demi kepentingan terbaik kumpulan.

Secara umum, perkhidmatan mudah alih label putih akan melibatkan entiti atau pihak yang membina perisian atau aplikasi dan membenarkan entiti atau pihak lain, biasanya perniagaan lain, menggunakan, menjenamakan semula atau menawarkan perisian atau aplikasi itu sebagai miliknya.

— BERNAMA

Tags: MoUUni Commsxox
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In