• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Teladan Dapat Kelulusan Pindahkan Penyenaraian Ke Pasaran Utama

in Catalyst
A A
Teladan Dapat Kelulusan Pindahkan Penyenaraian Ke Pasaran Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Teladan Group Bhd mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk memindahkan penyenaraian dan sebut harga bagi keseluruhan modal saham terbitannya daripada Pasaran ACE kepada Pasaran Utama Bursa Securities.

Menurut Teladan dalam kenyataan hari ini, ia telah memenuhi keperluan keuntungan bagi pemindahan tersebut mengikut Garis Panduan Ekuiti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih diselaraskan agregat yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat sebanyak RM93.1 juta untuk tiga tahun kewangan yang lepas berakhir 31 Dis 2020 (tahun kewangan 2020) hingga tahun kewangan 2022 dan keuntungan bersih sebanyak RM32.3 juta pada tahun kewangan 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ini melepasi keperluan minimum sebanyak RM20.0 juta dalam keuntungan bersih agregat dan keuntungan bersih sebanyak RM6.0 juta untuk tahun kewangan terkini,” katanya. 

Teladan turut mengekalkan kedudukan kewangan yang baik, memenuhi kriteria untuk mengekalkan modal kerja yang mencukupi selama 12 bulan, secara konsisten menjana aliran tunai yang positif daripada aktiviti operasi sepanjang tiga tahun kewangan yang lepas dan tidak mengalami kerugian terkumpul.

Pengarah Urusan Teladan Richard Teo Lay Ban berkata kumpulan mampu menarik lebih ramai pelabur institusi dengan kebolehcapaian pasaran modal yang dipertingkatkan sebagai entiti tersenarai Pasaran Utama.

“Mengenai masa depan, prospek pasaran pembangunan hartanah Malaysia kekal baik. Tumpuan utama kami kekal pada membina rumah berkualiti dan mampan yang memenuhi keperluan pembeli rumah kami,” katanya.

Syarikat juga berada di kedudukan strategik untuk terus meninjau peluang pembangunan baharu dan memanfaatkan nilai komersial yang ketara dalam jangka masa panjang dengan memanfaatkan inventori simpanan tanahnya yang kukuh dan keupayaan yang dipertingkatkan untuk mendapatkan modal bagi pengembangan pada masa depan, katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa SecuritieskelulusanPasaran UtamaTeladan Group Bhd
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In