• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, berdasarkan jangkaan aliran masuk dana asing yang berterusan ke bursa tempatan. 

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.38 mata kepada 1,465.66 daripada 1,465.28 semalam.

FBM KLCI dibuka tinggi 1.28 mata kepada 1,466.56.

Bagaimanapun, suasana pasaran negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 133 berbanding 111 manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 150.02 juta unit bernilai RM72.04 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata dalam negara, FBM KLCI mencatat kemajuan untuk ditutup kepada 1,465 atau paras tertinggi dalam tempoh sebulan semalam.

“Kami percaya aliran dana asing akan berterusan ke pasaran ekuiti, justeru menjangka indeks akan diniagakan antara 1,460 dan 1,470 hari ini.

“Kami mendapati sejak enam bulan lepas, paras 1,465 mata dilihat menjadi paras halangan yang kukuh, justeru jika paras ini dapat dilepasi, kita dijangka menyaksikan indeks tersebut kemungkinan mencabar paras 1,500,” katanya kepada Bernama. 

Mengulas mengenai Wall Street, katanya pengurangan kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi akan terus memainkan peranannya walaupun penilaian mungkin menjadi halangan pada masa depan.

“Oleh itu, Dow Jones Industrial Average semalaman ditutup tidak berubah manakala Nasdaq naik 91 mata berikutan hasil 10 tahun AS meningkat kepada 3.935 peratus,” katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi utama Maybank naik dua sen kepada RM9.02, Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM9.95, Petronas Chemicals berkurangan enam sen kepada RM7.13 manakala Public Bank dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM4.35 dan RM5.94. 

Daripada saham aktif, Careplus menambah tiga sen kepada 49.5 sen, Top Glove naik setengah sen kepada 96.5 sen manakala Leform, Nexgram dan SMTRACK, masing-masing tidak berubah pada 38.5 sen, 3.5 sen dan 4.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 1.48 mata kepada 10,856.95, Indeks FBMT 100 susut 0.71 mata kepada 10,523.61, Indeks FBM 70 berkurangan 15.07 mata kepada 14,496.48, Indeks FBM Emas Shariah turun 8.94 mata kepada 10,975.84 manakala Indeks FBM ACE menokok 26.06 mata kepada 5,187.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 9.95 mata kepada 16,535.46, Indeks Perladangan meningkat 0.37 mata kepada 7,032.31, Indeks Tenaga berkurangan 0.03 mata kepada 813.37 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.41 mata kepada 172.01. 

— BERNAMA 

Tags: bukaFBM KLCIWall Street
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In