• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniaga Tinggi Pada Sesi Awal Dagangan Sejajar Prestasi Kukuh Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Selain itu, pasaran tempatan turut diunjur mengekalkan momentumnya hari ini, dengan minat belian tertumpu terutamanya pada kaunter perbankan, syarikat telekomunikasi kaunter pembinaan.

Pada 9.05 pagi, indeks utama meningkat 1.24 mata kepada 1,449.28 berbanding 1,448.04 yang dicatatkan pada penutup semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

FBM KLCI utama dibuka pada paras 1,448.88, mengukuh 0.84 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 180 berbanding 108, manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 37 digantung.

Jumlah dagangan 191.09 juta unit bernilai RM78.44 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, pasaran tempatan dijangka mengikuti petunjuk Wall Street, yang akan meningkatkan prestasi bursa tempatan dengan indeks diunjur didagangkan antara paras 1,450 dan 1,460 hari ini.

“Wall Street meningkat apabila Purata Indeks Dow Jones ditutup pada rekod tinggi melebihi paras 37,000 berikutan jangkaan Rizab Persekutuan ia akan mengurangkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada 2024 di tengah-tengah trend inflasi yang perlahan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Nasdaq menambah 200 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.024 peratus, paras terendah dalam tempoh empat bulan.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi utama, Maybank susut dua sen pada RM9.05, Public bank, CIMB, Petronas Chemicals semuanya tidak berubah, masing-masing pada RM4.26, RM5.79 dan RM7.15.

Kaunter untung dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh Nestle, yang menokok RM1.30 kepada RM117.30, diikuti oleh Sime Darby Plantation, yang meningkat tiga sen kepada RM4.56.

Axiata dan Press Metal masing-masing menambah dua sen kepada RM2.32 dan RM4.85.

Bagi saham aktif, Sapura Energy, Top Glove, Minetech dan Sarawak Consolidated semuanya peroleh setengah sen dan masing-masing mencatatkan harga 5.5 sen, 88 sen, 7.5 sen dan 81 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.05 mata kepada 10,722.83, Indeks FBMT 100 naik 7.39 mata kepada 10,388.41 dan  Indeks FBM Emas Syariah menambah 17.97 mata menjadi 10,833.79.

Indeks FBM ACE pula meraih 1.22 mata kepada 5,152.03 manakala Indeks FBM 70 mengukuh 3.66 mata kepada 14,233.40.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 20.03 mata kepada 7,013.60, Indeks Tenaga untung 3.65 mata menjadi  792.98, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.23 mata kepada 170.97.

Namun begitu, Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 13.58 mata kepada 16,360.67.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIpembukaanThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In