• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Kedua Bermaz Auto Naik Kepada RM90.10 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Bermaz Auto Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 31 Okt, 2023 yang meningkat kepada RM90.10 juta daripada RM65.67 juta bagi tempoh sama, setahun lepas.

Perolehan hasil bagi suku di bawah kajian itu turut melonjak kepada RM1.01 bilion daripada RM782.97 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh operasi domestik Mazda.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pengedar kereta itu berkata pertumbuhan hasil itu terutamanya daripada model pemasangan tempatan CX-30 yang mencatat jualan lebih tinggi sejak dilancarkan pada Mac 2023.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Sebahagian daripada peningkatan itu bagaimanapun diimbangi oleh penurunan jualan operasi Peugeot dalam tempoh di bawah kajian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 April 2024, keuntungan bersih Bermaz melonjak kepada RM190.32 juta daripada RM115.83 juta manakala perolehan hasil turut meningkat kepada RM2.10 bilion daripada RM1.50 bilion sebelumnya.

Bagi prospeknya, Bermaz berkata pelancaran model baharu dan yang dipertingkat daripada kenderaan kumpulan, masih banyak bergantung kepada sentimen pasaran serta keadaan ekonomi.

“Sektor automotif terus mencatat pertumbuhan pada kadar lebih perlahan berikutan penambahbaikan dalam rantaian bekalan serta penghantaran kenderaan.

“Selain itu, langkah-langkah berkaitan inflasi, ketidaktentuan dalam konflik geopolitik serta pertumbuhan global yang lebih rendah akan terus memberi kesan sebaliknya terhadap ekonomi secara menyeluruh,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya menjangkakan prestasi Bermaz bagi tahun kewangan 2024 adalah kekal positif.

Pihak Lembaga Pengarah telah meluluskan dan mengumumkan dividen interim kedua satu peringkat sebanyak 5.00 sen sesaham bagi tahun kewangan 2024 yang akan dibayar pada 5 Jan, 2024.

— BERNAMA

Tags: BermazMazdaPeugeotprestasi kewangansuku kedua
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In