• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

KAB Bekerjasama Dengan Agromate Terajui Penjanaan Biotenaga

in Saham
A A
KAB Bekerjasama Dengan Agromate Terajui Penjanaan Biotenaga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Pakar penyelesaian tenaga mampan dan kejuruteraan, Kinergy Advancement Bhd (KAB) bekerjasama dengan pembekal baja terkemuka, Agromate Holdings Sdn Bhd untuk menerajui biotenaga atau tenaga boleh baharu (RE) merentasi kilang minyak sawit (POM).

Dalam satu kenyataan, KAB berkata menerusi kerjasama itu kedua-dua pihak berhasrat memanfaatkan pasaran yang sebahagian besarnya kurang diterokai dengan potensi meraih pendapatan berulang yang lebih besar, memandangkan Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, yang mempunyai 447 POM berkapasiti 119.5 juta tan setiap tahun.

KAB, yang sebelum ini dikenali sebagai Kejuruteraan Asastera Bhd, turut mengumumkan entiti penyelesaian tenaga boleh baharunya, KAB Energy Holdings Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pemegang saham dengan Agromate untuk mewujudkan kerjasama itu menerusi Genplan Advisory & Management Sdn. Bhd.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Genplan akan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan yang disesuaikan dengan projek mesra alam.

Timbalan Pengerusi Eksekutif KAB dan Pengarah Urusan kumpulan Datuk Lai Keng Onn berkata syarikat itu bergerak dengan agresif selaras dengan usaha global untuk beralih kepada penyelesaian tenaga mampan.

Beliau berkata kerjasama itu akan mempercepatkan projek biotenaga termaju dan penyelesaian tenaga mampan yang memenuhi kriteria alam sekitar.

Selain itu, biotenaga merupakan antara elemen penting dalam peralihan tenaga yang digariskan oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, katanya.

“Kami juga boleh menghasilkan baja bukan berasaskan bahan api fosil daripada biogas, yang akan menyumbang kepada amalan pertanian mampan, menggalakkan kesihatan tanah dan mengurangkan pergantungan kepada baja kimia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Agromate Edward Tang Ming Yng berkata kerjasama dengan KAB menandakan pencapaian pertama bagi kumpulan itu dari segi sumber boleh diperbaharui.

“Kami berharap dapat meraih lebih banyak lagi pencapaian masa depan menerusi usaha Agromate Group yang terus komited terhadap tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon dengan ketara, sekali gus memastikan persekitaran yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.

— BERNAMA

Tags: AgromatebiogasESGKABkerjasama
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In