• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, March 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Diunjur Sekitar Paras 1,590, Uji Paras 1,650 Tahun Depan – Rakuten Trade

in Market Update
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Untuk Minggu Ketujuh Berturut – Turut

Sumber : The Sun Daily

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) Bursa Malaysia berlegar sekitar paras 1,590 berdasarkan penilaian semasa bagi unjuran 2024 selain menguji tahap 1,650 berdasarkan nisbah harga pendapatan (PER) pasaran sebanyak 16.0 kali.

Ketua Penyelidikan Kenny Yee berkata FBM KLCI bergerak dalam aliran 15 kali PER atau kira-kira 10-15 peratus di bawah paras purata terdahulu.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

“Di sebalik prestasi Asia yang kurang memberangsangkan, kami yakin pelabur asing akan kembali ke Asia. Selain daripada tindakan China yang lebih berdiam mengenai usaha pemulihan ekonomi selain konflik yang berlanjutan, kita juga berkemungkinan terpaksa mengharungi pro dan kontra Amerika Syarikat mengenai inflasi atau kemelesetan,” katanya pada sesi taklimat media secara maya mengenai Prospek Pasaran Akhir Tahun Malaysia di sini, hari ini.

Yee juga menyifatkan adalah wajar untuk melihat sama ada Wall Street telah mengatasi asas serta jangkaannya yang boleh mewujudkan lebih banyak dana untuk dipelbagaikan.

Beliau mengunjurkan FBM KLCI mencecah paras 1,510 menjelang akhir tahun berdasarkan 16.0 kali PER daripada sasaran awal 1,560 berikutan penyusutan unjuran pendapatan.

Malah, katanya, walaupun prestasi di peringkat domestik adalah rendah, masih terdapat beberapa pembelian konsisten terhadap saham-saham bermodal kecil yang menyumbang kepada prestasi indeks yang lebih baik.

Menyentuh penyertaan runcit, beliau berkata sejumlah besar tawaran awam permulaan (IPO) mungkin memberi kesan terhadap aspek itu pada akhir tahun dan 2023 menyaksikan kira-kira 30 IPO yang meraih RM3.5 bilion.

“Bagaimanapun, memandangkan lebih banyak wang disalurkan kepada saham-saham mewah, kami menjangkakan limpahan daripadanya akan turut melibatkan saham-saham bermodal kecik seperti yang berlaku sekarang,” katanya.

Bagi prestasi ringgit, beliau berkata mata wang tempatan itu dijangka menguji paras RM4.40/50 jika trend pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat meredakan isu kenaikan kadar faedah, berlaku seiringan dengan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) secara ketara ke negara ini.

“Ringgit sebenarnya telah mengukuh daripada paras RM4.80 berbanding dolar AS, namun kini tepu akibat kekurangan pemangkin baharu dan aliran masuk dana ke dalam negara.

“Namun, jangkaan peningkatan FDI pada tahun depan mungkin akan menyaksikan ringgit melepasi paras semasa RM4.67 menjelang suku pertama tahun depan,” katanya yang turut menjangkakan trend sama akan turut dicatatkan oleh mata wang serantau.

Beliau juga menyifatkan pergerakan ringgit serta FBM KLCI tidak akan dipengaruhi oleh pengumuman rombakan Jemaah Menteri yang masih terlalu awal untuk dinilai.

Sebaliknya, apa yang lebih lebih ketara adalah aliran masuk FDI yang boleh mempengaruhi pergerakan ringgit serta indeks berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng pula menjangkakan kaunter atau saham automotif, perbankan, pembinaan, syarikat berkaitan pelancongan, utiliti dan teknologi akan lebih menyerlah pada tahun depan.

“Pendapatan pula diunjur tumbuh 10 peratus daripada 9.5 peratus sebelum ini dengan peningkatan dicatatkan oleh saham perladangan,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: FBM KLCIFDIMalaysiaprospekRakuten Traderinggit
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In