• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pelabur Mengambil Pendirian Berhati-hati

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati menjelang rumusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat hari ini, yang akan menentukan keputusan dasar kadar faedah terakhir bagi tahun ini.

Pada 9.20 pagi, indeks barometer merosot 2.69 mata kepada 1,444.43 berbanding 1,447.12 semasa ditutup semalam.

FBM KLCI dibuka rendah 1.04 mata kepada 1,446.08.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 191 berbanding 175, manakala 288 kaunter tidak berubah, 1,669 tidak diniagakan dan 21 digantung dagangan.

​Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup tidak berubah berikutan aktiviti pengumpulan membantu meningkatkan indeks di tengah-tengah sesi dagangan yang tidak memberangsangkan.

“Walaupun kami mengesan terdapat belian pada harga rendah, sentimen keseluruhan kekal berhati-hati di samping reaksi neutral terhadap rombakan Kabinet yang terkini.

“Untuk hari ini, kami berpandangan bahawa indeks adalah lebih tinggi dalam jajaran 1,445-1,455,” katanya.

Thong berharap Bursa Malaysia akan meneruskan trend sokongan belian pada saat-saat akhir seperti yang diperlihatkan dalam tempoh beberapa hari ini untuk terus meningkatkan pasaran saham.

 Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.07, Public Bank susut satu sen kepada RM4.24, CIMB berkurangan dua sen kepada RM5.77 dan Tenaga Nasional berkurangan lima sen kepada RM9.88.

Saham wajaran tinggi lain yang turut mencatat penurunan adalah CelcomDigi yang turun tiga sen kepada RM4.07, Sime Darby Plantations menyusut lima sen kepada RM4.44, Nestle berkurangan RM1.20 kepada RM116.50 dan Maxis merosot dua sen kepada RM3 .81.

Bagi saham aktif, Sarawak Cable meraih enam sen kepada 27 sen, Bina Puri meraih setengah sen kepada sembilan sen, Handal Energy tidak berubah pada 13 sen dan Velesto turun satu sen kepada 21.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.07 mata kepada 10,672.01, Indeks FBMT 100 susut 9.65 mata kepada 10,339.90, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 11.79 mata kepada 10,763.02, dan Indeks FBM ACE merosot 13.49 mata kepada 5,117.54; , manakala Indeks FBM 70 menokok 28.77 mata kepada 14,106.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 15.28 mata kepada 16,360.99, Indeks Perladangan rendah 23.0 mata kepada 6,950.58 dan Indeks Tenaga turun 5.63 mata kepada 789.84.

Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.17 mata kepada 170.27.

— BERNAMA 

Tags: bukaFBM KLCIFOMC
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In