• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Berkurangan Kepada RM80.67 Juta Pada Suku Pertama

in Catalyst
A A
Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Kerugian bersih Serba Dinamik Holdings Bhd berkurangan kepada RM80.67 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept 2023 daripada kerugian bersih RM104.60 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahannya (EPCC), ia merupakan satu-satunya segmen yang tidak mengalami kerugian pada suku di bawah kajian.

Bagaimanapun, perolehan merosot kepada RM13.75 juta daripada RM213.58 juta sebelumnya.

Serba Dinamik dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini selain perniagaan EPCC, semua perniagaan lain merosot pada suku pertama tahun kewangan diterajui oleh segmen operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang mencatatkan peningkatan kerugian kasar sebanyak RM49.35 juta daripada RM53.15 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata segmen pendidikan dan latihan (E&T) dan perkhidmatan lain mengalami kerugian kasar RM4.97 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 berbanding keuntungan kasar RM322,000 pada suku pertama tahun kewangan manakala kerugian kasar perniagaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) naik kepada RM253,000 daripada kerugian kasar RM117,000 pada suku yang sama tahun lepas.

Serba Dinamik berstatus syarikat Nota Amalan (PN17) itu berkata perbelanjaan korporat dan penghapusan penyatuan turut mencatatkan kerugian kasar RM22.11 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 berbanding kerugian kasar RM67.24 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Mengenai pembahagian geografi, rantau Asia Tenggara menyumbang RM5 juta pada suku tersebut, yang kebanyakannya adalah hasil yang dijana di Malaysia,” katanya.

Ia berkata di peringkat antarabangsa, syarikat itu tidak mencatatkan hasil di Timur Tengah tetapi mencatat pendapatan RM8.7 juta dari Eropah melalui anak syarikatnya.

Melangkah ke hadapan, Serba Dinamik berkata lembaga pengarah menjangkakan operasi syarikat akan kekal mencabar berikutan ketidaktentuan ekonomi global serta cabaran semasa yang dihadapi syarikat daripada perspektif kecairan.

Ia berkata segmen O&M akan kekal sebagai kecekapan terasnya dan menyediakan asas operasinya.

“Dengan kumpulan itu diklasifikasikan sebagai syarikat PN17, lembaga itu berjanji untuk menyelesaikan isu yang sedang berjalan termasuk pelan penstrukturan dan penyusunan semula, demi pihak berkepentingan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Keputusanpn17Serba Dinamik
Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In