KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Unit milik penuh Vizione Holdings Bhd, Bina Permai Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor ‘turnkey’ atau kontraktor utama siap bina untuk mereka bentuk dan membina tiga blok pangsapuri di Sabah pada harga RM490 juta.
Kumpulan pembinaan dan pembangunan hartanah itu berkata ia menerima surat anugerah hari ini daripada Hardie Development Sdn Bhd untuk menjalankan projek di Jalan Sepanggar Menggatal, Kota Kinabalu.
Projek itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh permulaan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Vizione berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan syarikat itu.
— BERNAMA




