• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Pendapatan Teras Gamuda Naik 35 Peratus, Cecah RM195 Juta Suku Pertama 2024

in Saham
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tertinggi Sebanyak RM806 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Kumpulan peneraju pemaju hartanah dan prasarana, Gamuda Bhd mencatat prestasi kewangan memberangsangkan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir pada 31 Okt, 2023 (suku pertama 2024) apabila pendapatan terasnya menokok 35 peratus kepada RM195 juta.

Selain itu, perolehan hasil kumpulan mencecah paras baharu dengan meningkat dua kali ganda kepada RM2.8 bilion daripada RM1.4 bilion pada tahun sebelumnya, didorong oleh angka projek pembinaan luar negara yang meningkat tiga kali kepada RM2.1 bilion.

Dalam kenyataannya hari ini, kumpulan itu berkata ketiadaan pendapatan segmen lebuh raya menyaksikan kedua-dua segmen pembinaan dan hartanahnya mempamerkan peningkatan dengan prestasi yang berdaya tahan, berbeza dengan pendapatan RM145 juta yang dicatatkan pada suku pertama 2023.

Pertumbuhan ketara itu disumbangkan oleh peningkatan aliran hasil, dipacu terutamanya oleh kenaikan sumbangan daripada projek-projek luar negara.

“Kami menjangkakan prestasi tahun ini akan didorong oleh momentum berterusan aktiviti pembinaan luar negara seperti di Australia dan Taiwan, berserta impak tahun penuh projek perniagaan pengangkutan Australia yang diperoleh daripada Projek Pengangkutan Downer yang dimuktamadkan pada 20 Jun, 2023,” katanya.

Gamuda juga menjangkakan jualan hartanahnya yang memberangsangkan, termasuk sumbangan daripada projek pemulihan pantas (QTP) baru dilancarkan di bahagian hartanah akan menjadi pemacu utama pertumbuhan kumpulan.

Daya tahan kumpulan itu juga berteraskan oleh nilai perolehan kontrak pembinaan yang kukuh berjumlah RM26 bilion dan jualan hartanah belum dimasuk kira berjumlah RM6.7 bilion.

“Dalam pada itu, kumpulan berkenaan turut mengekalkan lembaran imbangan yang sihat dengan hutang bersih sebanyak 25 peratus, lebih rendah daripada had ditetapkan pada 70 peratus.

“Kami kekal yakin terhadap trajektori ini dengan memanfaatkan rekod prestasi dan inisiatif strategik bagi mengemudi landskap pembangunan pembinaan dan hartanah yang dinamik,” katanya.

— BERNAMA

TAG: Gamuda, suku pertama 2024, prestasi kewangan, pendapatan

Tags: Gamudaprestasi kewangansuku pertama 2024
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In