• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

BHIC Cadang Pelan Selesai Hutang RM417 Juta Dengan Tiga Bank, BHB

in Catalyst
A A
Unit BHIC Jual 20.77 Peratus Kepentingan Dalam Boustead Naval Shipyard Pada Harga RM1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) telah membuat cadangan untuk menyelesaikan sebahagian daripada hutangnya berjumlah RM183.26 juta dengan tiga pihak pemiutang serta melunaskan sepenuhnya hutang RM234 juta dengan Boustead Holdings Bhd (BHB) sebelum tarikh akhir pada 31 Dis, 2023.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata ia berhutang RM183.26 juta kepada tiga bank iaitu masing-masing Affin Bank Bhd (RM30 juta), MBSB Bank Bhd (RM63.25 juta) dan AmBank Islamic Bhd (AmIslamic) sebanyak RM90 juta, yang akan diselesaikan menerusi gabungan tunai dan terbitan saham biasa baharu serta saham keutamaan boleh tukar boleh tebus “Kelas A”, kedua-duanya konvensional (RCPS A) dan Islam (RCPS-i A) pada harga terbitan 57 sen sesaham. 

Hutang berjumlah RM234 juta dengan BHB akan dilunaskan menerusi masing-masing terbitan saham BHIC baharu, saham keutamaan boleh tukar boleh tebus “Kelas B” (RCPS B) dan saham keutamaan boleh tebus “Kelas C” (RPS C), juga pada 57 sen sesaham.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut BHIC, tiada hasil tunai akan diraih daripada cadangan penyelesaian hutang dengan pihak pemiutang yang dilaksanakan bagi menyelesaikan sebahagian daripada pembiayaan tertunggak pada tarikh ditetapkan BHIC kepada pemiutang.

“Seterusnya, tiada hasil yang dikumpulkan oleh syarikat menerusi penukaran RCPS A dan RCPS-i A kepada saham-saham baharu BHIC. Bagi mengelak sebarang keraguan, cadangan penyelesaian untuk MBSB dan AmIslamic dan terbitan RCPS A-i kepada MBSB dan AmIslamic akan dibuat secara patuh Syariah,” katanya.

BHIC berkata adalah penting bagi kumpulan melakukan langkah penyusunan semula hutangnya bagi memastikan kemampanan pendapatan, aliran tunai serta keperluan perbelanjaan modal di masa akan datang.

Mengikut keputusan kewangan BHIC yang belum diaudit bagi tempoh berakhir 30 Sept, 2023, BHIC mempunyai dana pemegang saham sebanyak RM53.5 juta selepas mengambil kira kerugian terkumpul sebanyak RM195 juta.

Selain itu, ia turut mencatat kedudukan tunai bersih dan setara tunai negatif pada RM16.1 juta.

— BERNAMA

Tags: Boustead Heavy Industries Corporationhutangpenyelesaian
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In