• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

SC Cadang Perkenal Mekanisme Pindahan Diperkemas Pasaran Utama

in Saham
A A
AOB Larang Rakan Kongsi Kreston John & Gan Laksana Audit Selama Setahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata SC bersama-sama Bursa Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kecekapan di pasaran awam bagi memudahkan tawaran awam permulaan (IPO) kepada syarikat pemula niaga menerusi pendekatan seperti mengurangkan masa ke pasaran bagi syarikat yang bercadang disenaraikan di bursa saham.

“Perincian kerangka pindahan automatik yang dicadangkan ini akan diumumkan akhir bulan ini. Pengenalan proses pindahan baharu yang diperkemas dan dipercepat akan melicinkan pindahan untuk penyenaraian bagi menggalakkan syarikat Pasaran ACE yang besar dan berkualiti ke Pasaran Utama.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Apabila berada di Pasaran Utama, ini akan membuka peluang kepada pelabur asing yang ingin turut serta. Ini sewajarnya akan menggalakkan penyertaan asing yang lebih baik di pasaran utama kita,” kata Awang Adek dalam ucapannya pada Forum Usaha Niaga Malaysia 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata pasaran utama memainkan peranan penting untuk membolehkan akses yang lebih baik bagi membiayai syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sehubungan itu, SC telah melaksanakan pendekatan proaktif untuk memudahkan penjanaan dana kepada perniagaan, terutamanya pada peringkat awal pembiayaan.

“Usaha kami termasuk menerima instrumen kewangan fleksibel, memudahkan pilihan keluar yang lebih efisien, menggalakkan lebih banyak pelaburan ke pasaran swasta dan mewujudkan perkongsian dan kerjasama, sebagai aspek penting untuk memupuk ekosistem modal teroka dan ekuiti swasta yang aktif,” katanya.

Awang Adek berkata SC dan Bursa Malaysia akan terus memudahkan laluan kepada syarikat yang berpotensi baik dan inisiatif pasaran modal baru-baru ini yang menyasarkan untuk menyokong syarikat yang bersedia dengan IPO, dijangka memberikan impak positif.

“Ini termasuk potongan cukai kepada syarikat berasaskan teknologi berkelayakan di Pasaran Utama dan ACE. Konsesi kepada cukai keuntungan modal yang akan dilaksanakan kelak akan disediakan untuk IPO di Bursa Malaysia.

“Langkah ini dihasilkan untuk meningkatkan usaha penjanaan dana, menyokong pasaran IPO yang aktif dan menambah baik mudah tunai dagangan,” katanya.

Beliau berkata pada tahun ini SC menyaksikan perancangan yang baik bagi IPO, dengan 32 syarikat diluluskan untuk penyenaraian di Bursa Malaysia setakat ini, kebanyakannya berkaitan teknologi.

Malaysia telah melaksanakan dasar bersasar untuk menggalakkan ekosistem syarikat pemula niaga yang lebih dinamik, yang turut merangkumi RM90 bilion yang akan dilaburkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Syarikat pemula niaga dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka berperanan penting untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM30.8 bilion menjelang 2030.

SC juga bercadang untuk memperkenalkan pengecualian tawaran kecil dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) tahun depan, untuk menyediakan safe harbour bagi tawaran saiz tertentu kepada pelabur sofistikated. 

Safe harbour merujuk kepada peruntukan undang-undang bagi mengenepikan atau menghapuskan liabiliti undang-undang atau peraturan dalam situasi tertentu dengan syarat-syarat tertentu dipenuhi.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan beban peraturan dalam proses penjanaan dana untuk syarikat pemula niaga dan PMKS, serta menyediakan kejelasan untuk instrumen seperti perjanjian mudah untuk masa depan ekuiti (SAFE) dan nota boleh tukar, yang semakin menjadi kebiasaan bagi pendanaan syarikat pemula niaga,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Awang Adek Hussinmekanisme pindahanpasaran ACEPasaran UtamaSuruhanjaya Sekuriti
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In