• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MY EG Lodging Labur RM108 Juta Bangunkan Projek Perumahan Pekerja Asing Di Batu Kawan

in Catalyst
A A
MYEG Peroleh Lanjutan 3 Tahun Konsesi Perkhidmatan E-Kerajaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

GEORGE TOWN, 6 Dis (Bernama) — MY EG Lodging (NC) Sdn Bhd, anak syarikat MY E.G. Services Bhd, akan melabur RM108 juta untuk memulakan kerja-kerja pembinaan bagi projek perumahan pekerja asing dan fasiliti berkaitan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pengarah MY EG Lodging Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah berkata projek ini akan siap pada 2026 dan dapat menampung sekurang-kurangnya 8,000 pekerja asing.

Katanya MY EG Lodging telah berjaya memenangi tender projek perumahan pekerja asing daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada April tahun ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Tujuan projek ini untuk menyediakan penyelesaian penginapan pekerja asing kepada sektor swasta, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia selain bertindak sebagai penyelesaian komprehensif yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Pendekatan ini juga dapat memperkemas proses dan menawarkan penyelesaian holistik kepada pekerja asing dan PKS yang bakal menggunakan perkhidmatan ini,” katanya selepas menandatangani perjanjian pajakan bagi projek tersebut dengan PDC di sini hari ini.

Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Katanya perjanjian pajakan tersebut bernilai RM20.4 juta untuk tempoh 30 tahun, memberi MY EG Lodging hak untuk membina dan mengendalikan projek perumahan pekerja asing dan fasiliti berkaitan di atas tanah seluas 3.395 hektar di Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3).

Projek tersebut merangkumi lima tingkat asrama pekerja sebanyak 445 unit asrama dan bakal dilengkapi dengan fasiliti seperti kedai runcit, dobi, klinik, surau, bilik kuarantin, kemudahan sukan (gelanggang badminton, bola keranjang), kawasan rekreasi dan lain-lain.

Sementara itu, Chow berkata pembangunan asrama pekerja secara berpusat, terkawal dan terancang ini akan terus menyokong kadar pertumbuhan pesat pembangunan perindustrian di Pulau Pinang.

Katanya pembangunan asrama pekerja ini bakal menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing yang mendiami skim perumahan sedia ada, menangani isu susut nilai hartanah dan kedatangan warga asing yang tidak berdaftar. 

“Justeru, bagi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai hab pelaburan tempatan dan antarabangsa, kerajaan negeri sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaburan di negeri ini,” katanya.

— BERNAMA

Tags: asrama pekerjaChow Kon YeowMY E.G. Services Bhd.MY EG Lodging (NC) Sdn Bhdpelaburan
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In