• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

in Catalyst
A A
Malakoff Corporation Utamakan Pertumbuhan Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).

Kedua-dua firma itu telah memeterai perjanjian utama yang menggariskan kerjasama mereka untuk mengkaji projek tenaga boleh diperbaharui (RE) yang prospektif di Semenanjung Malaysia, kata Malakoff dalam satu kenyataan.

Majlis memeterai perjanjian itu telah diadakan semasa Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) mengenai Perubahan Iklim (COP28).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata kerjasama ini adalah bukti pengembangan mantap Malakoff dalam RE, sejajar bukan sahaja dengan saranan global tetapi juga hasrat Malaysia untuk mencapai status sifar bersih menjelang 2050.

Beliau turut menambah Malakoff adalah pemain berpengalaman dalam industri penjanaan kuasa, dan ini melengkapkan kekuatan pelaburan Masdar yang hebat dalam sektor RE.

“Malakoff berharap dapat bekerjasama dengan Masdar dalam projek yang dicadangkan dan membayangkan kemungkinan melanjutkan kerjasama mereka melangkaui inisiatif ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi berkata sebagai perintis tenaga bersih dengan pengalaman lebih 17 tahun dalam melaksanakan projek tenaga boleh diperbaharui dan bersih secara berskala, Masdar berharap dapat membantu membina kapasiti RE Malaysia menerusi perjanjian ini bagi menyokong sasaran sifar bersihnya.

Perjanjian itu menyaksikan kedua-dua pihak akan sama-sama menjalankan penilaian teknikal dan komersial dan/atau kajian prakebolehlaksanaan ke atas projek tertentu yang telah dikenal pasti.

Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama mengendalikan tugas dan aktiviti menyeluruh yang terlibat dalam pembangunan, pelaksanaan dan pengurusan projek, termasuk penstrukturan dana pembiayaan.

Masdar, perintis dan kuasa besar dalam tenaga bersih, telah meletakkan Emiriah Arab Bersatu di barisan hadapan peralihan tenaga global melalui komitmen pelaburannya dalam projek-projek RE di lebih 40 negara.

Masdar baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk pelaburan sebanyak US$8 bilion untuk projek RE 10,000 MW  di Malaysia.

— BERNAMA

Tags: COP28MalakoffMasdarsifar bersihtenaga boleh diperbaharui
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In