• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Belian Pacu Dagangan Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Aktiviti membeli pada sesi awal dagangan pagi ini membantu memacu pemulihan Bursa Malaysia untuk memulakan urus niaga tinggi di tengah-tengah keyakinan pelabur bahawa pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan berlaku lebih awal daripada jangkaan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.

Indeks utama menambah 1.45 mata pada 1,450.91 semasa sesi pembukaan dagangan.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 145 berbalas 101, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,852 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 80.21 juta unit bernilai RM48.08 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata laporan mengenai pembukaan pekerjaan AS pada hari perniagaan terakhir Oktober, yang jatuh ke paras terendah sejak awal 2021, memungkinkan Rizab Persekutuan menamatkan kitaran naik kadar faedahnya, malah penurunan kadar dijangka boleh dilihat seawal Mac tahun hadapan.

Sementara di dalam negara, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee mengunjurkan FBM KLCI kekal stabill dan berlegar dalam julat 1,445-1,455 untuk hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menambah enam sen kepada RM7.13, CIMB menokok empat sen kepada RM5.79 manakala Public Bank, Maybank dan Genting masing-masing peroleh dua sen kepada RM4.27, RM9.03 dan RM4.60.

Saham paling aktif pula, Sarawak Consolidated, Reneuco dan Sunzen Biotech, kesemuanya meningkat setengah sen kepada 78.5 sen, 22 sen dan 30.5 sen.

Reach Energy dan Eduspec pula tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga  3.5 sen dan 6.5 sen manakala Zelan meraih satu sen kepada 6.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 10.67 mata kepada 10,693.04, Indeks FBMT 100 meningkat 10.63 mata kepada 10,363.69, Indeks FBM 70 meraih 8.21 mata kepada 14,033.48 dan Indeks ACE FBM peroleh 7.13 mata kepada 5,085.94.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 8.54 mata kepada 10,828.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 53.21 mata kepada 16,393.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.45 mata menjadi 170.28, Indeks Perladangan meningkat 3.75 mata kepada 6,992.65 tetapi Indeks Tenaga turun 3.70 mata kepada 805.52.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIinflasi
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In