• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Axiata Muktamadkan Penjualan Ncell, Tidak Lagi Beroperasi Di Nepal

in Catalyst
A A
Axiata, Touch Group Mahu Teroka Sinergi Memperkukuh Syarikat Telekomunikasi, Infrastruktur ICT
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) —  Axiata Investments (UK) Ltd yang juga unit milik penuh Axiata Group Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli tanpa syarat dengan Spectrlite UK Ltd membabitkan penjualan Reynolds Holding Ltd yang memegang kira-kira 80 peratus kepentingan ekuiti dalam Ncell Axiata Ltd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Axiata berkata jumlah transaksi cadangan itu yang dipertimbangkan adalah bayaran secara tunai di bawah dua kategori iaitu pertimbangan tetap dan pertimbangan bersyarat.

Pertimbangan tetap merangkumi sejumlah US$50 juta (US$1=RM4.67) yang perlu dibayar menerusi dua bahagian iaitu US$5 juta pada atau sebelum tarikh enam bulan selepas urusan selesai manakala US$45 juta lagi pada atau sebelum tarikh iaitu 48 bulan selepas urusan selesai.

Menurut Axiata, pertimbangan bersyarat pula tertakluk kepada prestasi perniagaan dan pengedaran di masa depan yang diumumkan oleh Ncell.

Ini merangkumi 80 peratus daripada pengagihan bersih yang diisytiharkan dan diluluskan oleh Ncell bagi tempoh 2023, 40 peratus pengedaran bersih untuk Reynolds yang diisytiharkan dan diluluskan oleh Ncell bagi 2024 dan 2025.

Selain itu, 30 peratus pengedaran bersih untuk Reynolds yang diisytiharkan dan diluluskan oleh Ncell bagi 2026 dan 2027 serta 20 peratus pengagihan bersih bagi Reynolds yang diisytiharkan dan diluluskan oleh Ncell bagi 2028 dan 2029.

Axiata memasuki pasaran Nepal pada 2016, susulan pengambilalihan Reynolds pada harga belian US$1.37 bilion, sekali gus menguasai 80 peratus kepentingan ekuiti dan pegangan utama dalam Ncell.

Kumpulan itu berkata keputusan untuk meninggalkan Nepal adalah berdasarkan penilaian terperinci situasi perniagaan di negara itu yang membawa kepada kesimpulan bahawa tindakan meneruskan operasi dalam ketidaktentuan pengawalseliaan dan pencukaian tidak adil adalah sesuatu yang bukan lagi mapan untuk Axiata.

“Axiata telah menerima dividen RM2.2 bilion daripada Ncell sejak pengambilalihan itu pada 2016.

“Kumpulan ini juga berkemungkinan menerima hasil tambahan daripada bahagian dividen akan datang untuk Reynolds daripada Ncell sebagai pertimbangan bersyarat daripada transaksi ini,” katanya.

Wang tunai yang diterima itu akan dimanfaatkan bagi memenuhi keperluan modal kerjanya.

Sementara itu, Pengerusi Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata Axiata dan Ncell telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan Nepal.

Malah, katanya, sebagai pembayar cukai terbesar di negara itu, Ncell telah menyumbang sejumlah NPR283 bilion (RM9.9 bilion) dalam bentuk cukai serta yuran sehingga tahun kewangan akhir 2021/2022 sejak penubuhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Vivek Sood berkata Axiata telah beroperasi di Nepal selama tujuh tahun dan bekerja seiringan dengan rakan sekerja yang gigih di Ncell.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan cabaran dalam situasi operasi yang kian ketara memerlukan anjakan asas.

Pada masa sama, tawaran yang diterima akan membolehkan serta mempercepat usaha keluar Axiata daripada negara itu.

“Ncell mengekalkan tanggungjawab penuh bagi perniagaan dan mana-mana liabilitinya manakala pembeli akan terus melindungi Axiata daripada tuntutan cukai sedia ada dan di masa akan datang di Nepal yang berkaitan dengan Ncell.

“Kami percaya keputusan ini adalah wajar demi kepentingan jangka panjang terbaik untuk semua pemegang saham kami,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: Axiata GroupjualNCellNepalReynoldsSpectrlite
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In