• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini apabila aktiviti pengambilan untung sederhana muncul dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di bursa serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) susut 0.84 mata kepada 1,455.54 daripada penutupan Jumaat 1,456.38.

Indeks penanda aras dibuka 1.41 mata lebih lemah pada 1,454.97.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 150 berbalas 148, manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,771 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 174.68 juta unit bernilai RM72.15 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng menjangkakan pembelian dalam saham tempatan akan muncul didorong oleh penilaian yang menarik dan sokongan berterusan daripada dana asing.

“Namun begitu, kami juga tidak menolak kemungkinan aktiviti pengambilan untung sepanjang hari,” katanya kepada Bernama sambil menambah indeks penanda aras dijangka bergerak dalam julat 1,450-1,460 untuk hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.04, CIMB menokok enam sen menjadi RM5.83 manakala Public Bank turun dua sen kepada RM4.30, Tenaga Nasional susut tiga sen kepada RM9.99 dan Petronas Chemicals merosot lapan sen untuk mencatatkan harga RM7.12. 

Bagi saham paling aktif, Sapura Energy, Fintec Global, Mercury Securities dan Green Packet, kesemuanya tidak berubah pada 4.5 sen, one sen , 38 sen dan 4.5 sen manakala Sarawak Consolidated meningkat satu sen kepada 78 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 2.65 mata pada 10,728.31, Indeks FBMT 100 meraih 1.35 mata kepada 10,396.13 dan Indeks FBM 70 peroleh 34.13 mata kepada 14,082.18.

Indeks FBM ACE meningkat 5.56 mata kepada 5,138.72 manakala Indeks FBM Emas Syariah berkurangan mengurangkan 15.25 mata kepada 10,862.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 40.18 mata kepada 16,419.75, Indeks Perladangan lebih kukuh pada 6,991.61, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.08 mata kepada 170.91 dan Indeks Tenaga susut 2.08 mata kepada 813.52.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakutenWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In