• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Axiata Rekod Kerugian Bersih Lebih Tinggi Pada RM797.41 Juta

in Catalyst
A A
Saham Axiata Meningkat Susulan Pelan Penggabungan Kekal Berjalan Lancar

Kredit Gambar: Malaysiakini

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Axiata Group Bhd menyaksikan kerugian bersih yang lebih tinggi pada RM797.41 juta semasa suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding RM52.40 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2022 disebabkan oleh kemerosotan aset daripada operasi di Nepal yang dihentikan termasuk sumbangan yang kurang memuaskan daripada CelcomDigi.

 Bagaimanapun, hasil meningkat 6.1 peratus kepada RM5.70 bilion daripada RM5.37 bilion, disumbangkan oleh semua syarikat operasi kecuali operasi mudah alih di Kemboja dan operasi jalur lebar tetap di Indonesia.

Axiata dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerugiannya disebabkan oleh klasifikasi Ncell sebagai operasi yang dihentikan berikutan keputusan kumpulan itu untuk keluar dari Nepal serta kemungkinan besar penjualan syarikat itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Keuntungan selepas cukai (PAT) termasuk keuntungan selepas cukai serta sumbangan kepentingan minoriti (Patami) daripada pemberhentian operasi bagi suku ketiga tahun kewangan 2023 masing-masing adalah rugi sebanyak RM1.02 bilion dan RM824.50 juta.

“Ini merangkumi peruntukan bagi kemerosotan nilai aset sebanyak RM1.01 bilion (Patami: RM811.0 juta),” katanya.

Selepas selesai penggabungan antara Celcom dan Digi pada 30 Nov 2022, bahagian kumpulan dalam keputusan kewangan CelcomDigi Bhd direkodkan di bawah operasi berterusan mulai 1 Dis 2022 serta seterusnya, manakala keputusan kewangan Celcom sebelum itu dibentangkan sebagai operasi yang dihentikan.

Katanya lagi, tiada sumbangan PAT dan Patami daripada operasi yang dihentikan untuk suku ketiga tahun kewangan 2023 berbanding pengiktirafan keuntungan daripada pelupusan Celcom sebanyak RM402 juta, hasil daripada pelarasan penutup akhir pada suku kedua tahun kewangan 2023.

PAT dan Patami untuk meneruskan operasi masing-masing meningkat lebih 100 peratus kepada RM108 juta dan RM27.1 juta.

Kumpulan itu berkata PAT dan Patami yang lebih tinggi ini telah didorong oleh lonjakan keuntungan, kerugian pertukaran asing yang lebih rendah dan bahagian keuntungan syarikat bersekutu daripada CelcomDigi Bhd tetapi diimbangi oleh susut nilai dan pelunasan serta kos kewangan yang lebih tinggi.

Bagi suku tersebut, pendapatan XL Axiata Indonesia meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada RM2.4 bilion berikutan kenaikan dalam data prabayar termasuk hasil pengiklanan digital tetapi PAT menurun 6.9 peratus kepada RM111.4 juta, dipengaruhi oleh susut nilai serta pelunasan, tambahan kos kewangan dan kerugian daripada syarikat bersekutu, bagaimanapun ia diimbangi oleh keuntungan yang lebih tinggi serta cukai yang lebih rendah.

Robi Bangladesh melaporkan lonjakan hasil sebanyak RM1.08 bilion di tengah-tengah hasil data yang lebih baik daripada perniagaan prabayar dan PAT sebanyak lebih 100 peratus kepada RM44.7 juta .

Perolehan Dialog di Sri Lanka menokok sejumlah 17.4 peratus kepada RM675.5 juta berikutan kenaikan hasil data, manakala PAT menurun sebanyak 45.7 peratus kepada RM45.9 juta disebabkan oleh susut nilai dan pelunasan yang lebih tinggi, kerugian pertukaran asing sebanyak RM18.7 juta hasil daripada pinjaman serta liabiliti dalam denominasi dolar US, ditambah dengan peningkatan dalam kos kewangan dan cukai.

Smart Kemboja mencatatkan kejatuhan hasil sebanyak RM437.3 juta tetapi diimbangi oleh hasil data yang lebih tinggi daripada pertumbuhan dalam perniagaan pascabayar dan hasil borong. PAT turut meningkat lebih 100 peratus kepada keuntungan berjumlah RM108.5 juta.

Manakala, pendapatan Axiata Digital & Analytics (ADA) menokok sebanyak 1.6 peratus kepada RM246.4 juta tetapi PAT melaporkan kerugian RM10.1 juta.

“Perolehan Boost naik 21.7 peratus kepada RM32 juta, dipacu oleh pengewangan pemasaran aset serta pendapatan faedah yang lebih tinggi daripada pengeluaran pinjaman, manakala PAT merosot sebanyak 6.1 peratus kepada kerugian RM59.3 juta,” katanya.

Sementara itu, Axiata berkata pendapatan perniagaan jalur lebar tetap Indonesia turun kepada RM295.2 juta serta PAT bertukar kepada kerugian RM43.9 juta disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah ditambah pula dengan kos kewangan yang lebih tinggi bagi menyokong pengembangan rangkaian.

Pendapatan bahagian infrastruktur Axiata meningkat kepada RM692.5 juta daripada pertumbuhan organik dari Malaysia termasuk sumbangan daripada pemerolehan baharu dalam menara di Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Vivek Sood berkata walaupun kebimbangan mengenai ketidaktentuan makroekonomi masih berterusan, Axiata percaya risiko akan berkurangan apabila kadar faedah mula menjadi lebih rendah menjelang 2024.

“Aset kami akan terus berkembang apabila struktur pasaran bertambah baik, kestabilan harga berlaku dan permintaan untuk penyelesaian mudah alih, digital dan perusahaan kekal,” katanya dalam satu kenyataan berasingan. 

Beliau menambah Axiata kekal di landasan yang betul untuk mencapai petunjuk prestasi utamanya bagi 2023.

— BERNAMA

Tags: AxiataBoostCelcomDigiVivek Sood
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In