• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga Bank Islam Susut Kepada RM140.54 juta

in Catalyst
A A
Bank Islam Terbit Sukuk Wakalah Sulung Bernilai RM500 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan penyusutan dalam keuntungan bersihnya kepada RM140.54 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023, berbanding RM142.86 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat kepada RM1.14 bilion daripada RM933.18 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.​

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2023, bank itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM394.77 juta berbanding RM365.93 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2022, manakala hasil meningkat kepada RM3.36 bilion daripada RM2.53 bilion sebelum ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

BIMB berkata peningkatan dalam keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan 2023 dipacu oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi, diimbangi oleh jumlah overhed yang lebih tinggi dan peruntukan bersih yang lebih tinggi untuk rosot nilai ke atas pembiayaan.

“Perbelanjaan cukai yang lebih rendah sebanyak RM45.6 juta disebabkan ketiadaan cukai makmur yang dikenakan sekali saja turut menyumbang kepada peningkatan itu,” katanya.

“Pada masa ini, Bank Islam mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2023 kepada 3.7 peratus, pengurangan kecil daripada unjuran rasmi kira-kira 4.0 peratus.​

“Memandangkan masalah semikonduktor global nampaknya semakin berkurangan dan penambahbaikan berterusan dapat disaksikan dalam ketibaan pelancong, kami menjangkakan Malaysia meneruskan momentum pertumbuhannya pada suku keempat 2023, dan seterusnya ke tahun yang akan datang. Ini akan memberikan sokongan kepada pertumbuhan mampan Bank Islam pada 2024,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bank IslamBursa Malaysiahasilperbelanjaan cukaiuntung bersih
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In